Erti Ketenangan Yang Sebenar

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Seorang raja Abdullah membuat satu pertandingan melukis – tema lukisan untuk menggambarkan ketenangan….

Beribu peryertaan dihantar, akhirnya baginda memilih dua gambar sebagai pemenang.

“Antara dua ini, yang mana patut jadi juara?” tanya raja Abdullah.

Gambar pertama berkisarkan sebuah tasik yang tenang, aman dengan gunung-ganang di sekitarnya dan langit biru berawan. Cukup menggambarkan ketenangan.

Gambar kedua mempunyai gunung… tapi gunung yang botak… di atasnya langit mendung, hujan sedang turun dan berpetir… Antara gunung terdapat satu air terjun. Susah nak menggambarkan ketenangan, tapi cara lukisan itu menarik.

Baginda melihat lagi, di dalam gambar kedua, di tepi air terjun ada satu semak, yang seekor ibu burung telah membina sarangnya. Dalam aliran air yang ganas, ibu burung duduk di dalam sarangnya dengan penuh ketenangan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Ustaz, beta tak tahu nak pilih. Apa pandangan ustaz?” tanya Raja Abdullah kepada Ustaz Salahuddin.

“Apa erti ketenangan sebenar pada Tuanku?” tanya Ustaz Salahuddin.

“Tenang segalanya…,” jawab Raja Abdullah… “tapi tak pasti.”

“Sesuatu situasi yang tenang, boleh menjadi satu keresahan – jadi suasana tenang itu bukan kunci kepada ketenangan. Ketenangan tidak bermaksud bebas daripada bunyi bising, masalah dan kerja. Ketenangan sebenarnya adalah seperti ibu burung, di sebalik suasana yang tidak tenang, hati ia tenang berehat di dalam sarangnya. Itulah ketenangan sebenar…” terang Ustaz Salahuddin.

Gambar kedua akhirnya dipilih oleh Raja Abdullah

Senyum… ∩‿∩

 

12 thoughts on “Erti Ketenangan Yang Sebenar”

  1. salam
    burung dalam tenang bijak juga dia menjaga anak2nya..apalgi dia punyai tanggungjawab bila mereka inginkan tempat tinggal merka akn segera siapakn utk didiami oleh anak2nya..

    sungguhpun kicau burung bising tpi erti siulan buat kita yg mendegar berasa tenang…jika di degar kicaun di hutan hati akan rasa nyman dan tenteram dg suasana di sekelilingnya menghijau

  2. Ramai yg menganggap ada rumah besar, duit banyak, anak2 yg belajar tinggi dan dapat melancong merata tempat sebagai kejayaan dan jalan kepada ketenangan.

    Tapi saya fikir ketenangan sebenar datang dari dekatnya hamba kepada pencipta. Mungkin dia miskin, mungkin isteri dan anaknya beri masalah dlm hidupnya, mungkin dia sakit.

    Tetapi dia punya tempat mengadu yg pintunya sentiasa dibuka. Tempat meluahkn isi hati sehingga puas. Pada saya itu erti ketenangan.

    Entahlah, itu takrif saya. Mungkin juga saya silap.

    1. memang luas makna ketenangan itu sendiri.. ada yg merasakan ketenangan itu dtg dari sesuatu yg ia suka dan ada jugak dtg dari sesuatu yg ia tidak suka..

    1. betul tu.. erti ketenangan pun sudah mempunyai banyak makna.. bila kita berzikir kepada Allah pun membuatkan hati2 kita akan menjadi tenang..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *