Rakyat Palestin Menyambut Kemenangan

>> Gencatan Kali Pertama

Rejim zionis yang terawal menyahut tetapi pejuang Palestin tidak bersetuju jika gencatan di buat secara ‘percuma’.

>> Gencatan Kali Kedua

Rejim zionis mengumumkan menyahut gencatan di sebelah pihak tanpa persetujuan pejuang Palestin, namun beberapa detik selepas itu, rejim zionis kembali menyerang Semenanjung Gaza.

>> Gencatan Kali Ketiga

Pejuang Palestin meletakkan syarat-syarat kepada zionis jika benar-benar mahu gencatan, di antaranya benarkan pembinaan pelabuhan laut Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan tetapi zionis ingkar kepada tuntutan-tuntutan pejuang Palestin.

GAZA, Siaran 7 berita Israel melalui laman webnya melaporkan bahawa dua roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza telah gugur di Eshkol sekitar hampir jam 4 pagi Jumaat.

Bagaimanapun, jurucakap HAMAS, Dr Sami Abu Zuhri dalam jaringan sosial berkata, ‘berhubung dakwaan penjajah mengenai dua roket yang ditembak ke sana hanyalah dakwaan semata-mata yang bertujuan untuk mengelirukan’.Polis Israel pula berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat berhubung roket yang gugur di Eshkol.

Hanya berbaki beberapa jam lagi akan berakhir gencatan selama 72 jam.
Briged Al-Qassam telah mengancam akan meneruskan serangan-serangan sekiranya tuntutan-tuntutan pejuang Palestin tidak dipenuhi.

Statistik Kematian Rakyat Palestin

Info Statistik Keseluruhan Serangan Zionis Ke Atas Gaza

1. [Warna Hijau] Mangsa serangan zionis dari kalangan rakyat Palestin.

Jumlah keseluruhan yang syahid seramai 2,127 orang, taburan seperti berikut:

>Orang awam – 81% (1723)
>Kanak-kanak – 544 orang
>Pejuang – 16% (338 orang pejuang)
>Wanita/perempuan – 302 orang
>Tidak dikenali – 3% (66 orang)

2. [Warna Biru] Jumlah yang maut dari kalangan warga zionis seramai 67 orang.

>Tentera – 96% (64 orang)
>Warga biasa – 4% (3 orang)

 

 

Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 org pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu

– Abu Al A’la Al Maududi-

 

SUMBER :
Agensi Berita Safa
Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)

1 thought on “Rakyat Palestin Menyambut Kemenangan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *