Serangan Terbaru Israel Ke Atas Gaza

Gaza kini : Peperangan Al-‘Asful Ma’kul (العصف المأكول)

Ahli Parlimen (MP) HAMAS Ismail al-Ashqar menegaskan bahawa Pihak pejuang tidak akan menjamin keamanan kepada penjajah Israel sehingga mereka menamatkan serangan dan mengangkat pengepungan ke atas Gaza.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa keamanan hanya akan dicapai dengan syarat-syarat yang ditetapkan pejuang.
Pesawat tempur Israel terus melakukan serangan ke atas bangunan awam di Semenanjung Gaza manakala pihak pejuang membalas dengan menghantar roket ke arah sasaran Israel.

Bagi pihaknya, jurucakap HAMAS Husam Badran menulis dalam laman Facebooknya pada Selasa bahawa memberhentikan serangan roket merupakan ‘mimpi Zionis’. Beliau menambah bahawa Israel yang memulakan serangan, manakala penduduk Palestin hanya mempertahan diri dan tanah air mereka.

Serangan Balas Hamas yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza Menggunakan Roket.
1. Jenis roket yang digunakan:

– R160. Buat kali pertama roket ini mampu tiba di jarak melebihi 160km. Bandar Haifa telah menjadi sasaran roket ini. R160 adalah buatan tempatan di tangan pejuang Briged Al-Qassam.

– J80, Buraq70. Kedua-dua roket ini dapat melepasi jarak melebihi 80km. J80 nisbah kepada nama as-syahid Ahmad Ja’bari yang direka oleh Briged Al-Qassam. Manakala Buraq70 dibangunkan oleh Saraya Al-Quds sayap tentera kepada gerakan Jihad Islami di Palestin.

– M75 roket yang mengejutkan pihak zionis semasa perang Hijarah As-Sijjil, November 2012. Briged Al-Qassam melancarkan roket ini yang mana melepasi jarak 75km. Tel-Aviv menjadi sasarannya.

– Qassam (قسام). Jarak yang mampu dilewati roket Qassam melebihi 18km. Sasarannya Ashkelon dan Sderot.

 

Palestin Kini

Statistik kematian dalam serangan udara oleh Israel ke atas Gaza kini.

“PRAY 4 PALESTINE”

Sumber :
Palestinkini.info
Info Graik Astro Awani
Jaringan Forum Palestin
Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)

2 thoughts on “Serangan Terbaru Israel Ke Atas Gaza”

  1. allahu akbar!!!! ya allah selamatkan agamamu dan umat nabi muhammad saw. bantukan lah kami dan menangilah kami untuk memerangi taghut. hancurkan israel laknatullah yang makin angkuh dan menzalimi rakyat palestin yang tidak berdosa. menangilah!!!!!!!!!!meraka dan kembalikan kegemilangan Islam di bumi Mu ya allah. amiin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *