Kematian Rakyat Mesir Terus Meningkat

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Serangan Pasukan Polis Seawal Waktu Subuh

Rakyat yang membentuk lautan manusia di dataran Raba’ah sebentar tadi selepas qiamullail dikejutkan dengan serangan ala-gangster oleh ketumbukan polis yang menyerang mereka tanpa perikemanusiaan di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Himpunan rakyat di kawasan berkenaan limpahan dari dataran Raba’ah yang sudah tidak dapat menampung kebanjiran rakyat yang menentang rampasan kuasa.

Ikhwanonline melaporkan, pasukan penempak tepat polis juga mengambil posisi di atas bangunan-bangunan di dalam Universiti Al-Azhar bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata dalam himpunan yang turut disertai oleh wanita dan kanak-kanak. Turut kelihatan ialah beberapa kereta perisai milik polis yang menceroboh kawasan himpunan tanpa akhlak dan sifat keprimanusiaan.

Serangan Polis Mesir

Penembak tepat terus melepaskan tembakan kepada rakyat di hadapan Kubur Anwar Sadat. Matlamat polis untuk meleraikan himpunan rakyat menggunakan kekerasan tetapi rakyat tetap teguh walau apa jua terjadi. Penyokong Mursi di dataran Raba’ah sedang solat Subuh. Mereka akan terus mengadu kepada Allah apa yang menimpa mereka.

Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Raba’ah, Dr.Hisyam Ismail melalui Al-Jazeera sebentar tadi :

“Setiap detik akan tiba kepada kami mangsa yang cedera dan sehingga kini sudah 700 kecederaan!. Kami ini siapa? Adakah binatang yang diperlakukan begini? Haram ke atas kamu wahai polis..Ini negara kami dan mustahil kami keluar meninggalkan negara kami!”

Dr.Mohammed El-Beltaji, pemimpin Ikhwan Muslimin “live” melalui Al-Jazeera sebentar tadi ditembubual di Hospital Raba’ah:

-Kami bangga menjadi antara mereka yang dipilih untuk berkata “Tidak” kepada perampas kuasa. Kami diperlakukan begini sedang penyokong As-Sisi dan tentera di Tahrir dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pasukan tentera dengan biayai wang rakyat..dicetak poster dan diedar gambar As-Sisi dan dijaga keselamatan mereka oleh polis sedang kami ‘dihujani’ dengan peluru hidup menjelang sahur tadi. Demikian juga apa yang diperlakukan kepada saudara kami di Iskandariah..polis mengepung Masjid Qaid Ibrahim dan membunuh 7 orang di sana.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

-Jika anda melihat, lokasi himpunan kami di Raba’ah ini terletak tidak jauh dengan Pejabat Perisikan Perang Askar, bersebelahan ini bangunan Unit Kewangan Majlis Tentera, hanya beberapa meter terletaknya Bilik Operasi Majlis Tentera….Jika kami inginkan keganasan sudah lama kami kepung dan ceroboh bangunan-bangunan tentera tersebut dengan jumlah kami yang mencecah jutaan tapi kami tidak lakukannnya. Sudah hampir 30 hari kami berhimpun, jika kami inginkan keganasan maka hari pertama kami berhimpun sudah kami rempuh bangunan milik tentera ini. Kami akan terus tetap teguh di sini dengan himpunan aman..Sesekali tidak kami akan beredar dari sini.”

Rakyat Mesir Syahid diRabaah

“Al-Jazeera”: Jumlah kematian meningkat 120 orang dan lebih 4,000 orang dilaporkan cedera akibat serangan tanpa henti pasukan polis penembak tepat kepada rakyat di dataran Raba’ah.

Urusetia Hospital Raba’ah juga tidak mampu lagi menerima mangsa yang cedera kerana telah dipenuhi dengan mangsa cedera yang mencecah angka ribuan. Mangsa yang cedera kini dibawa ke Hospital Husein Jami’ie, Damardash dan yang berdekatan.

Dari Iskandariah: Penyokong Mursi yang mengadakan himpunan semalam masih lagi terperangkap di dalam Masjid Qaid Ibrahim. Mereka dikepung oleh militia samseng, kumpulan “Black Blok”, polis dan askar yang berjumlah ribuan di luar masjid. Mereka tidak mampu keluar kerana bimbang akan dibunuh oleh ribuan musuh mereka yang mengelilingi masjid menanti dengan senjata.

Di dalam masjid terdapat lebih 200 orang, antara mereka wanita dan kanak-kanak selain mereka yang cedera selepas himpunan aman mereka petang kelmarin diserang oleh anggota polis. Mereka ini terperangkap di dalam masjid ini hampir 20 jam ketika ini, berbuka puasa semalam dan bersahur pagi tadi dengan hanya air dan kurma.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *