Cara Sambung Belajar Peringkat Doktor Falsafah – (PhD)

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

sambung belajar,belajar kedoktoran,PHD,belajar PHD, cara sambung belajar

Ramai orang sedia maklum belajar di peringkat Doktor Falsafah ataupun Doctor of Philosophy (PhD) bukanlah suatu yang mudah. Pelbagai tekanan dari pelbagai sudut akan diterima oleh pelajar. Disebalik kerajinan dan ketekunan, kebijaksaan menguruskan masa juga perlu agar pembelajaran, labwork dan juga aktiviti-aktiviti lain dapat dibahagikan seadilnya. Mungkin tidak sama rata kerana pembelajaran dan labwork itu lebih penting. Aktiviti sosial terpaksa dikurangkan. Aktiviti bersama famili terpaksa dikurang. Namun disebalik timbunan tekanan hidup yang bakal dihadapi, masih ada insan-insan yang sanggup menhadapi segala cabaran tersebut.

1) Cara pertama ni cara normal dan biasa di kalangan pelajar2 yang ingin sambung ke peringkat PhD. Malah kebanyakan professor yang ada sekarang memilih cara ini. Mungkin cara lain tak wujud pada waktu tu. Cara ini memerlukan korang ada degree dan master. That means, Matrik/Foundation/Diploma > Degree > Master > PhD. Korang kena amik degree for years, then master at least 1 year (usually by taught course, if by research it will take 2-3 years) then PhD at least 3 years and then, voila! Depan nama korang akan ada Dr. Hasil penat lelah bertahun menghadap journals dan juga labworks.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

2) Cara kedua ni dah semakin common sekarang iaitu lepas degree, amek master by research (only) for 1 year and then convert to PhD. Tak faham? Begini. Mula2 amik degree for years depend on your course. And then pursue your studies to master level. At this stage dah set mind dan berusaha keras dapatkan result banyak2, pergi conferences and publish 1 paper (syarat conversion mungkin berbeza setiap universiti). Lepas tu kena mengharungi assessment dimana pada assesment ni panels akan menilai research korang samada layak atau tidak utk ditukar status research tersebut ke PhD level. Bila panels berpuas hati, then korang bukan lagi master student sebaliknya PhD student. Ini bermaksud, setelah proses conversion ni, korang ada lagi 2 tahun utk complete kan research tersebut. So far, kat lab aku ada a few students yang buat cara ni. Itupun setelah di encourage oleh supervisor aka bos aku. Nampka gambar diatas, mereka dua orang tu pilih cara ni. Hebatkan mereka? Kini, seorang ni Australia seorang lagi di Malaysian Genome Institute (MGI).

3) Cara ketiga ni memerlukan result CPA degree korang segempak yang mungkin. Kebanyakannya first class degree akan sambung Phd ikut cara ni. Cara ni korang terus buat PhD tanpa buat master terlebih dahulu. Di UTM, jika CPA degree 3.5 dan keatas, korang layak sambung ke PhD terus. Tapi harus diingat, jika result korang pada tahun pertama tidak memuaskan atau research tersebut tidak sesuai utk peringkat PhD, ada kemungkinan korang terpaksa buat master terlebih dahulu (turun level study) atau tukar tajuk, means buat research lain. Bila dah kena tukar tajuk ni, korang akan mengambil masa yang lebih lama utk menyiapkan tajuk resarch yang baru sebab korang bermula dari zero pada tahun kedua. Itulah risikonya cara ketiga ni.

So, ada yang rasa layak or eager nak sambung belajar lagi? Haha! Silakan. Biasiswa untuk postgraduate pon banyak sekarang antaranya MyBrain tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). UTM pon ada jugak sediakan biasiswa utk mereka yang layak, korang boleh check kat sini. Malaysia sekarang perlukan ramai PhD holders, that’s why wujudnya MyBrain15 bagi membantu pengajian korang dan juga sara hidup korang. Best kan? Hehe…

On top of that, walaupun ramai yang pastinya layak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, tapi tak semua mempunyai keberanian dan keyakinan utk menghadapi segala kemungkinan dan cabaran. Dan juga, tak semua rajin nak baca buku, journals dan sebagainya, betul tak? Aku pemalas, aku tak rajin.

1 thought on “Cara Sambung Belajar Peringkat Doktor Falsafah – (PhD)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *