Motivasi

Cara Sambung Belajar Peringkat Doktor Falsafah – (PhD)

Ramai orang sedia maklum belajar di peringkat Doktor Falsafah ataupun Doctor of Philosophy (PhD) bukanlah suatu yang mudah. Pelbagai tekanan dari pelbagai sudut akan diterima oleh pelajar. Disebalik kerajinan dan ketekunan, kebijaksaan menguruskan masa juga perlu agar pembelajaran, labwork dan juga aktiviti-aktiviti lain dapat dibahagikan seadilnya. Mungkin tidak sama rata kerana pembelajaran dan labwork itu …

Cara Sambung Belajar Peringkat Doktor Falsafah – (PhD) Read More »

Erti Ketenangan Yang Sebenar

Seorang raja Abdullah membuat satu pertandingan melukis – tema lukisan untuk menggambarkan ketenangan…. Beribu peryertaan dihantar, akhirnya baginda memilih dua gambar sebagai pemenang. “Antara dua ini, yang mana patut jadi juara?” tanya raja Abdullah. Gambar pertama berkisarkan sebuah tasik yang tenang, aman dengan gunung-ganang di sekitarnya dan langit biru berawan. Cukup menggambarkan ketenangan.

Sifat Cemburu Dalam Diri

Satu hari, seekor Nuri bernama Fatimah pulang ke rumah, benggang, keliru dan marah. “Saya tak suka paruh saya!” rungut Fatimah kepada maknya. “Mengapa pula? Kan cantik?” kata maknya. “Burung lain semua mempunyai paruh yang lebih cantik – Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit! Saya saja yang ada paruh macam ini!” kata Fatimah.

Disebalik Sebuah Rumah

Petang itu, kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter. “Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “