Terowong Bawah Tanah Musnah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tentera Mesir Musnahkan Dua Terowong Bawah Tanah

RAFAH – Kejadian awal pagi Khamis, dua buah terowong bawah tanah di Rafah Mesir yang berfungsi membawa masuk makanan dan barang-barang ke Semenanjung Gaza telah musnah.

Penyampai berita agensi SAFA menjelaskan kedengaran dua letupan besar di kawasan Hayyu Al-Brazil sebelah timur jalan besar Salahuddin. Tidak lama selepas itu dimaklumkan bahawa letupan itu natijah dari operasi tentera Mesir memusnahkan dua buah rumah di bandar Rafah Mesir yang mana di dalam rumah-rumah itu terdapat jalan masuk menuruni terowong bawah tanah.

Palestin Kini

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Sejak akhir-akhir ini, tentera Mesir mengambil pendekatan memusnahkan terowong dengan meletupkan sekaligus rumah yang dijadikan pintu masuk ke dalam terowong. Langkah sedemikian berbeza pada waktu lalu, tentera Mesir hanya meletupkan pintu terowong atau menutup pintu dari luar.

Palestin Terkini

Beberapa minggu yang lalu ketika rampasan kuasa, tentera Mesir menggiatkan usaha memusnahkan terowong bawah yang digunakan membawa masuk barang-barang larangan (senarai hitam Israel) ke Semenanjung Gaza melalui terminal Kerem Abu Salem bawah penguasaan Israel.

 

SUMBER :
Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)
web berita Safa

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *