Hosni Mubarak DiBebaskan Sepenuhnya

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pembebasan bekas Presiden rejim Hosni Mubarak sudah dijangka lebih awal. Sebelum dia dibebaskan, mahkamah telah membebaskan hampir kesemua menteri-menterinya dan kroni-kroni Mubarak termasuk pegawai-pegawai tinggi polis yang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan aman pada kebangkitan 25 Januari 2011.

Mubarak hari ini mula kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas diarahkan oleh mahkamah kerana tempoh 2 tahun terlalu lama untuk pemimpin rejim itu ditahan reman. Penyiasatan oleh pejabat Peguam Negara yang begitu lemah menyebabkan pihak mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan membebaskan Mubarak.

Hosni Mubarak Bebas

Tiga kes tuduhan sebelum ini ke atas Mubarak menyaksikan dia didapati tidak bersalah. (1)Kes songlap harta rakyat, (2) kes skandal Istana Presiden dan terbaru, (3)perbicaraan semula kes pembunuhan penunjuk perasaan sepanjang 18 hari kebangkitan rakyat tahun 2011. Peguambela Hosni Mubarak, Farid Ad-dib yang mewakili mantan presiden tersebut dalam kes hadiah al-ahram menyatakan Mubarak akan keluar dari penjara selepas ditahan selama 2 tahun 4 bulan.

Mubarak dipindah keluar dari Penjara Turroh hari ini ke Hospital Tentera di Ma’adi yang saya yakin di hospital tersebut dia akan dilayan bagaikan raja maka benar seperti kata Dr.Mohammed El-Baltaji sebeum ini, Mubarak hampir pasti akan dibebaskan maka ketika itu dia akan mengisytiharkan Revolusi 25 Januari telah mati dan rakyat akan beramai-ramai berlutut dan meminta maaf kepada dia.

Himpunan Besar-Besaran “Jumaat Syuhada”

Hari ini, Jumaat 23/8/2013 Gerakan Kebangsaan Menyokong Syar’iyyah dijangka sekali lagi mengadakan himpunan besar-besaran di seluruh Mesir dan khususnya di Masjid-masjid utama di Kaherah. 25 lokasi disenaraikan sebagai lokasi utama perhimpunan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Jumaat Syuhada'

Himpunan akan dimulakan dengan menunaikan solat ghaib di seluruh masjid mesir selepas solat jumaat. Gerakan kebangsaan juga menyebutkan masjid yang akan menjadi tempat himpunan iaitu :

1- Masjid suhaib ar-rumi, as-syarabiah
2- Masjid at-taqwa, shoubra al-kheimah
3- Masjid al-quds, el-marg. Jalan ain shams
4- Masjid nur al-muhammadiyah, al-matariyah
5- Masjid al-aziz billah, az-zaitun
6- Masjid as-salam, hayyu asyir, madinah nasr
7- Masjid al-fatah, el-khlafawi
8- Masjid al-hamd, tajammuk khamis
9- Masjid al-mahdi, madinah salam
10- Masjif al-maraghi, helwan
11- M asjid ar-rayyan, al-maadi
12- Masjid abu bakar as-siddiq, dar as-salam.

13- Masjid amru bin al-asr, mesir lama
14- Masjid an-nur, al-abbasiyyah
15- Masjid al-fatah, ramsis
16- Masjid at-tauhid, ghamrah
17- Masjid al-istiqamah, medan giza
18- Masjid asad bin al-furat, ad-dokki
19- Masjid khatimul mursalin, al-umraniyah
20- Masjid khalid bin al-walid, al-kitkat
21- Masjid mustafa mahmud dan maghfirah, mohandissin
22- Masjid as-sobah, jalan al-haram
23- Masjid al-masyari dan ar-rahmah, al-haram
24- Masjid at-tauhid, nasiah juga di jalan al-arish dan jalan faisal
25- Masjid al-hasry dan raghib, bandar 6 oktober

“Sama-Sama Kita Doakan Kemenangan & Kebangkitan Rakyat Mesir. Allahuakbar!! 

Ikuti Laporan Secara Live : www.al-jazeera.net

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Ikhwan Online

 

1 thought on “Hosni Mubarak DiBebaskan Sepenuhnya”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *