Tangkapan Besar-Besaran Pimpinan Gerakan Islam Mesir

Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin

Kalam Dr.Mohammed Bad’ie (Mursyidul Am Ikhwan Muslimin) : 
“Demonstrasi Aman Kita Lebih Ampuh Dari Peluru.”

TERKINI : Isu Semasa Mesir

Tentera dan polis sedang melancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap ahli-ahli gerakan IM dan gerakan Islam yang lain seluruh negara Mesir. Terbaru Penangkapan Dr Muhammad Badie (Mursyidul ‘Am Ikhwanul Muslimin) di rumah beliau semalam.

Tempoh tahanan kepada Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi dilanjutkan kepada 15 hari lagi atas dakwaan menggalakkan keganasan dalam peristiwa di Istana Presiden, Istana Ittahidiah beberapa bulan lalu.

Dalam masa yang sama Setiausaha Agung Parti Kebebasan dan Keadilan di Port Said, Ir Muhammad Zakaria bersama 6 lagi pimpinan Ikhwan Muslimin telah ditahan reman selama 15 hari untuk siasatan.

Pihak Keselamatan Mesir memberitahu kepada media nama-nama pimpinan Ikhwan Muslimin yang terdiri daripada Anggota Maktab Irsyad dan Ketua serta pimpinan cawangan Ikhwan di seluruh Mesir.

75 Pimpinan Ikhwan Muslimin ditangkap di 11 wilayahdi seluruh Negara Mesir. 11 Wilayah tersebut adalah Giza, Gharbiah, Buhairah, Daqahiliah, Kafr Syeikh, Manoufia, Port Said, Suez, Fayyoum, Bani Suef dan Asiut.

10 Syarikat Pelaburan Asing Bakal Menarik Diri Ekoran Darurat. Dalam sebuah pertemuan Lembaga Pengarah Persatuan Pelaburan ‘Badr’, 10 syarikat pelabur asing telah menyatakan keputusan untuk menarik semula modal pelaburan mereka sekiranya ordinan darurat masih berterusan.

Antara syarikat yang terlibat mengeluarkan kenyataan tersebut merupakan syarikat industri makanan, mineral, kejuruteraan dan lain-lain yang mencapai tahap pelaburan kira-kira USD 500 juta.

Sejarah Silam Ikhwan Muslimin

Jika Ikhwan Muslimin diharamkan oleh pemerintah Mesir ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu atau lebih tepat pada tahun 1948, apabila kerajaan Mesir mengistiharkan “Perang Terbuka” terhadap Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin dibubarkan dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan ditutup.

Seramai 4,000 ahli Ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan. Kemuncaknya Hasan Al Banna ditembak dari jarak dekat.

Adakah selepas itu Ikhwan Muslimin berkubur?. Jawapannya tidak. Mereka terus bergerak secara rahsia. Para pemimpinnya dilantik silih berganti dan mereka terus bergerak sehingga zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser.

Kemudian pada 1954, Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dalam pakatan mahu membunuh Jamal Nasser. Akibatnya beribu-ribu anggotanya ditangkap. Enam orang dihukum gantung. Mereka dituduh perubuhan pengganas.

Mereka terus bergerak sehingga pada tahun 1961, sekali lagi Ikhwan Muslimin dituduh sebagai penyebab kegagalan dan kemunduran Negara Mesir. Tekanan terus dikenakan pada tahun 1965 dan 1981. Ramai pemimpinnya ditangkap, di hukum penjara malah dihukum gantung.

Walaupun beberapa kali ditekan Ikhwan Muslimin terus bergerak sehingga pengaruhnya tersebar keseluruh pelusuk dunia. Cawangan Ikhwan Muslimin ditubuhkan Negara-negara Arab, Turki, India, Pakistan Bangladesh, di Malaysia, Indonesia, Palestin dan banyak Negara lagi.

Ikhwan Muslimin

Benih yang disemai oleh Hasan Al Banna itu sudah bercambah dan tidak dapat dihapuskan kerana doktrin Ikhwan Muslimin ialah:

“Allah adalah objektif kami. Nabi adalah pemimpin kami. Quran adalah undang-undang kami. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah adalah matlamat kami.”

Hasan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 bertujuan mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

Setiap anggota diminta melakukan baiah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara sekalipun dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, di samping meletakkan kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap pemimpin mereka, selama sejalan dengan Alquran dan Sunnah.

Mereka diminta melaksanakan beberapa amalan termasuk hafalan Al-Quran, sembahyang berjamaah, serta berbagai pelajaran agama dan sebagainya.

Kalam Pejuang As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : 
“Kami mengajak Anda kepada ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini Anda anggap politik, maka inilah politik yang kami perjuangkan.”

 

SUMBER :
Abdul Latip Talib
(Penulis Novel Sejarah)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

1 thought on “Tangkapan Besar-Besaran Pimpinan Gerakan Islam Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *