Syeikh Al-Azhar Menggesa Tahanan Politik Dibebaskan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

TERKINI : Isu Semasa Mesir

-Berita penangkapan Presiden Parti Rayah (Salafi), Syeikh Hazim Solah Abu Ismail ketika ini. Para saksi memberitahu, beliau ditangkap oleh pihak keselamatan dengan dua buah kereta perisai, 15 buah kereta polis dan lebih 100 orang askar. Beliau kini ditahan di Penjara Turroh.

-Sumber FJP : Mengesahkan Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Khairat Shatir ditangkap dengan adik beliau di kediamannya di Madinah Nasr.

-Sumber Ikhwanonline : Melaporkan, pegawai tinggi tentera telah menekan dan mendesak Ketua Majlis Tentera, Abdul Fattah As-Sisi untuk menarik balik kenyataan “rampasan kuasa” beliau. Mengesahkan pembebasan Presiden Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP), Dr.Sa’ad Katatni dan Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayyumi.

-Televisyen Al-Yarmouk : Ketua Majlis Tentera Mesir Abdul Fatah As-Sisi dan Dr.Mohamed El-Baradei mengadakan pertemuan dengan dengan Duta Amerika di Kaherah.

-Sumber RNN : Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Badi’e dibebaskan.

-YouTube Ikhwan Sina : 2 Gugur Syahid ketika sebilangan besar rakyat Mesir di El-Arish, Wilayah Sinai menunaikan solat Asar saat pihak tentera yang berada di atas kereta perisai melepaskan tembakan sehingga memaksa mereka bertempiaran lari.

-Hari ini perbicaraan semula rejim Husni Mubarak, dua anaknya Ala’a dan Jamal serta bekas Menteri Dalam negeri Habib ‘Adli atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan dan penyelewengan wang rakyat.

-Sumber FJP : Dianggarkan lebih 250,000 rakyat berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik. Dijangka mereka akan terus berkampung di hadapan bangunan berkenaan.

-Kementerian Kesihatan Mesir : Angka kematian pertempuran sepanjang hari Jumaat 5 Julai iaitu 36 orang dan 1,076 orang lagi cedera di seluruh negara. Jumaat semalam dinamakan “Jumaat Kemarahan” yang menyaksikan lebih 5 juta rakyat Mesir keluar menyatakan bantahan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku. Pasukan polis dan tentera menggunakan kekerasan yang dibantu oleh kumpulan perusuh (baltoji) upahan bagi menyerang dan membunuh penunjuk perasaan aman.

-Syeikh Hafiz Salamah, Seorang wira yang berjuang dalam Perang Israel 1973 telah memimpin perarakan rakyat dari Suez ke Bangunan Pengawal Republik. Ketibaan beliau yang menjangkau usia 90 tahun itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh ratusan ribu rakyat

 

Dr Muhammad Badie

Kalam Taujihat Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badie Kepada Himpunan Jutaan Rakyat Yang Menyokong Kepimpinan Dr. Mursi & Syariyyah

1) Jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi akan kekal di medan-medan perhimpunan “duduklah di tempat kamu sehingga Dr.Muhammad Mursi dikembalikan menjadi Presiden.”

2) Kepada Tentera kembalilah menyertai rakyat Mesir. Manakala tugas kamu adalah menjaga undang-undang dan tugas kami memastikan pembebasan Dr.Muhammad Mursi dan memastikan beliau kembali menjadi presiden Mesir.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

3) Perhimpunan aman kami ini adalah lebih kuat dari peluru-peluru dan kereta-kereta kebal kamu, kami tidak gentar dalam menyatakan yang benar. Sepatutnya kamu korbankan roh kamu mempertahankan rakyat mesir, jangan kamu korbankan rakyat Mesir untk mendapatkan habuan pangkat.

4) Syeikh Azhar adalah lambang agama, tetapi tidak boleh disamakan dengan kehendak dan kemahuan rakyat Mesir. Begitu juga ketua paderi, kamu bukan mewakili keseluruhan penganut kamu, ada juga diantara mereka yang menyokong Dr.Muhammad Mursi.

5) Kepada Ketua Gereja Pope Tawadrox jangan anda bercakap atas nama warga Kristian kerana terdapat warga Kristian yang mengundi Dr Mursi. Kami sanggup mempertahankan leher-leher kami demi memastikan Presiden kami berkuasa.

 

Dr.Ahmad Muhammad Thayyib

Syeikh Al-Azhar Menggesa Supaya Semua Tahanan Politik Dibebaskan

-Memetik kenyataannya Dr.Ahmad Muhammad Thayyib Syeikhul Azhar berkata bahawa Institusi Al-Azhar As-Syarif menuntut supaya pihak tentera membebaskan semua tahanan yang terdiri daripada pimpinan dan akitivis politik. Beliau juga menggesa supaya tempoh peralihan kuasa tidak dilengahkan agar pindaan perlembagaan dan pilihanraya dapat dilaksanakan.

-Al-Azhar mengutuk keras tindakan menyekat mana-mana saluran yang berasaskan keagamaan dan selainnya. Turut dituntut adalah bayaran pampasan oleh pihak tentera kepada keluarga para syuhada yang terbunuh di medan demonstrasi tanpa mengira perbezaan pandangan.

-Selain itu, Al-Azhar mendesak pihak tentera mengisytiharkan Suruhanjaya Perdamaian Kebangsaan serta badan-badan seumpamanya sebagai salah satu inisiatif dalam membentuk sebuah kerajaan tenokrat yang bersifat non-partisan untuk mengalakkan pembangunan dan melaksanakan semua peruntukan termasuk badan perundangan.

-Al-Azhar turut menyeru agar segala kegiatan ganas dan aktiviti provokasi dapat dihentikan demi menjaga kehormatan dan kesucian darah rakyat Mesir umumnya.

 

Janji Mereka Kepada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi

*Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat: “Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami.”

*Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen “Misr25” yang diharamkan: “Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba’ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi.”

“يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Ustaz Abdul Muin Bin Abdul Manan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

 

1 thought on “Syeikh Al-Azhar Menggesa Tahanan Politik Dibebaskan”

  1. Warkah Serambi Mekah

    Allahuakhbar YA Allah jadikanlah pergolakan Dunia Islam masa kini menjurus kepada pemulihan Barokah yang ENGKAU diredhoi YA ALLAH. SEMUA UMMAH ISLAM Kembalilah kejalan Allah dan bertaubatlah sebelum terlambat. Kita hidup pasti menemui mati. Mati kerana menegakkan perintah Allah dan Ajaran Islam menjadi keutamaan para Mujahidin di akhir Zaman. Sesungguhnya Penegak Keadilan Pilihan Allah pasti menunggu saatnya untuk muncul memimpin Ummah Islam sedunia. Ya Allah bukakan pintu seluas-luasnya bersama para tenteraMU dan para pejuang Syahid mencari barokah kerana keredaanMU DAN segeraKANLAH mempertemukan kami mendaulahkan warisan Islam yang ditinggalkan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. JIKA INI DETIK AKHIR ZAMAN YANG DIJANJIKAN. Allahuakhbar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *