Kenyataan Perdana Menteri Turki Terhadap Isu Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Terkini : Isu Semasa Mesir

Jutaan Penyokong Dr.Muhammad Mursi Keluar di Seluruh Mesir Menyatakan Sokongan Kepadanya dan Syariyyah.

1) Daerah SYARQIAH : 100,000 terlibat dalam kebangkitan rakyat menuju ke ibu pejabat Muhafazah untuk mengisytiharkan sokongan kepada Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden secara aman.

2) Daerah MARSA  & MATRUH : Pemberontak menyerang penyokong Dr.Muhammad Mursi yang sedang berhimpun mempertahankan kepimpinan Dr. Mursi & Syariyyah.

3) Daerah SUEZ : Penyokong Dr.Muhammad Mursi terus berhimpun di hadapan Masjid Saidina Hamzah.

4) Kawasan RABAAH : Jutaan Penyokong Mursi berhimpun secara besar-besaran di dataran Rabaah Adawiyyah dalam Perhimpunan “Jumaat Kemarahan”.

Jumaat Kemarahan

5) Kawasan NAHDOH, UNIVERSITI KAHERAH : Ribuan rakyat terus berhimpun secara besar-besaran seterusnya menuju ke Kementerian Pertahanan untuk menyatakan pendirian mereka mengenai sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi.

6) Daerah ISKANDARIAH : 100000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

7) Daerah BUHAIROH : 10000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

8) Daerah ISMAILIYYAH : Bantahan tentera bersenjata dan penentangan orang awam.

9) Daerah BENI SUEF : Penentangan orang awam terhadap penutupan ibu pejabat muhafazah dengan menggantung gambar Dr. Muhammad Mursi di hadapan bangunan tersebut.

10) Daerah PORT SAID : Ratusan ribu dari rakyat Mesir ke luar berarak dalam dua perarakan. Salah satunya perarakan dari Masjid Faqusah di Hayyu El-Arab dan satu lagi dari Masjid Al-Tauhi di jalan An-Nasr, untuk mengecam rampasan kuasa ini.

11) Daerah MANSURAH : Perhimpunan rakyat mesir di perkarangan Masjid Iman Az-Zuhairy, Syarie Qenat Suez, Mansurah sempena himpunan Jumaat Kemarahan.

12) Daerah Ghorbiyyah : Perarakan beribu-ribu penyokong Dr.Muhammad Mursi disepanjang jalan Said, Tanta. Bilangan penyokong meningkat secara mendadak.

13) Kawasan SYARI’ THOIRON & HIRS JUMHURIYYAH : Bilangan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang turun di Syarik Thoiron dan Hirs Jumhuriyyah lebih kurang 100 000 orang setiap jam.

14) kawasan MADINAH NASR : 10 000 penyokong Dr.Muhammad Mursi memenuhi jalan Mustafa Nuhas, Madinah Nasr menyatakan sokongan kepadanya dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh tentera.

15) Negara  TURKI : Pengibaran bendera Mesir dan Syria oleh rakyat Istanbul bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Dr.Muhammad Mursi serta menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar.

16) Negara AFGHANISTAN : Rakyat Afghanistan keluar menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

17) Negara JERMAN : Rakyat Jerman menyokong Presiden Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah serta menolak segala rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

18) Negara JORDAN : Berlaku perhimpunan di hadapan kedutaan Mesir di Jordan bagi menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi dan menolak rampasan kuasa oleh askar.

19) Negara PARIS : Rakyat Mesir di Paris berhimpun menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

20) Negara YAMAN : Golongan pemuda di Yaman berarak beramai-ramai ke kedutaan Mesir di Sanaa bagi mengecam rampasan kuasa tentera di Mesir dan menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi.

21) Negara KANADA : Rakyat Mesir di Kanada keluar beramai-ramai bagi menyatakan sokongan terhadap Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

22) Negara TUNISIA : Penyokong Dr.Muhammad Mursi turun beramai-ramai berhimpun di hadapan kedutaan Mesir di Tunisia bagi membantah rampasan kuasa yang telah berlaku.

23) Negara BOSNIA : Rakyat Bosnia dan Herzegovina mengadakan demonstrasi demi menyatakan sokongan kepada Presiden Dr.Muhammad Mursi.

24) TV Al-Quds : Melaporkan hingga kini 3 orang terbunuh ditembak askar Mesir di Kaherah. Pentas utama Raba’ah lokasi himpunan menyokong Mursi melaungkan “Kami tidak takut peluru!!!”

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

25) TV AL-Jazeera : Sekurang-kurangnya 17 terkorban & 460 yang lain cedera di Kaherah & di seluruh Muhafazah (Negeri) yang lain.

 *Jurucakap Ikhwan Muslimin: “Saat ini lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran Raba’ah bagi menentang rampasan kuasa tentera. Jutaan lagi di dataran-dataran seluruh Mesir”.

 

Barisan Penyelamat

Pendirian “Barisan Penyelamat”(Parti Sekular & Anti Islam) Terhadap Desakan Himpunan Jutaan Rakyat Mesir Mempertahankan Kepimpinan Dr. Muhammad Mursi  :

“Kami tidak akan berganjak sehingga selesai tindakan proses peralihan.”

Adly Mahmud Mansur

Presiden “sementara” Mesir, Adly Mahmud Mansur  :
“mengeluarkan ketetapannya dengan membubarkan Shoura Council (Majlis Shura) dan melantik Ra’fat Shahatah selaku Penasihat Keselamatan. Serta Melantik Ketua Baru Bagi Agensi Keselamatan Negara. Pada masa yang sama juga beliau telah melantik Ali ‘Iwad Saleh sebagai penasihat undang-undang & Mustafa Hijazi sebagai penasihat politik. Beliau turut melantik Ahmed Farid sebagai Ketua Perisikan Agensi Keselamatan Negara (GID)”.

 

Recep Tayyip Erdoğan

Kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan :

– Turki mempunyai pengalaman berharga dalam menjalankan sistem demokrasi yang berjaya dan perlu dikaji oleh seluruh rakyat dan negara di sekelilingnya bagi mengambil manfaat daripada apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini.

– Rampasan kuasa telah berlaku lebih awal di Turki kurang lebih 10 tahun yang lalu. Orang-orang yang bersama dalam rampasan kuasa di Turki, mereka akan dinilai oleh Allah sekiranya perkara ini berlanjutan sehinggalah ke akhir hayat mereka.

– Sehingga kini, negara-negara Barat tidak berkompromi dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir. Negara – Negara Barat tidak menunjukkan sebarang pendirian mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ini menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap Mesir.

– Peti undi merupakan satu jaminan untuk menjadi penilaian kepada kegagalan pemerintah. Golongan yang mengambil sikap berkecuali mengenai rampasan kuasa oleh pihak tentera turut bertanggungjawab atas penggulingan tersebut.

– Kami di Turki bergantung kepada prinsip yang asal walaupun rampasan kuasa ini berlaku ke atas pembangkang , kami juga membangkang terhadap rampasan kuasa ini. Penggulingan dan pengabaian terhadap suara majoriti menzahirkan kegagalan demokrasi.

– Kesatuan Eropah tidak mengatakan apa yang berlaku di mesir ketika ini merupakan satu rampasan kuasa oleh pasukan tentera, ia seolah-olah melenyapkan dasar demokrasi yang digunakan. Senjata dan media massa ketika ini tidak berpihak kepada demokrasi.

– Dunia tidak menyokong Mesir sedikitpun, dan tidak berpihak kepada Mesir kecuali negara Turki, Qatar tetapi bagi negara Greece tidak bersama Mesir. ini membuktikan bahawa berlakunya pertembungan perlembagaan.

– Individu yang kalah dalam pilihanraya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam ucapannya, pandangan majoriti untuk meningkatkan prestasi diri dan memperbetulkan kesalahannya. Adapun rampasan kuasa oleh tentera adalah bertentangan sama sekali. Mereka yang tewas dalam pilihanraya Turki yang lalu meminta bantuan tentera untuk menjatuhkan pemerintahan.

 

“يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”

 

SUMBER :
Media Penerangan (PMRAM)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

4 thoughts on “Kenyataan Perdana Menteri Turki Terhadap Isu Mesir”

  1. Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.

    Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.

    Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :

    1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
    2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
    3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia

    Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *