Fatwa Wajib Memelihara Demontrasi Aman

Darul Ifta'

Darul Ifta’ :  Wajib Memelihara Demonstrasi Aman dan Pertumpahan Darah Serta Mengawal Diri Daripada Sebarang Kegiatan Ganas.

Institusi Fatwa Mesir, Darul Ifta’ mengecam adegan keganasan dan vandalisme yang melanda wilayah-wilayah di Mesir. Institusi tersebut menegaskan bahawa darah, harta dan kehormatan seluruh rakyat Mesir terpelihara menurut syariat.

Rakyat Mesir juga digesa untuk membina semangat toleransi sebagaimana yang dianjurkan oleh semua agama agar melahirkan persefahaman antara semua pihak, di samping mengingatkan bahawa kegagalan memelihara keamanan dan galakan aktiviti keganasan menjadi ancaman terhadap keselamatan rakyat dan ekonomi Mesir.

 

Sheikh Hashim Islam

Fatwa Kewajipan Menjaga Perpaduan Serta Syarak Menolak Rampasan Kuasa

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau(Dr. Mursi) . Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: “Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan oleh Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

 

Lintas Langsung
TERKINI : Isu Semasa Mesir 

Hari ini Dijangkakan Akan Berlangsung Perhimpunan Aman Besar-besaran. Seluruh Penyokong Dr.Muhammad Mursi dan Syar’iyyah Akan Berkampung di 3 Lokasi Utama : 

1. Dataran Rabiatul Adawiyah
2. Dataran Nahdhoh
3. Perkarangan HQ Pengawal Republik

Manakala lokasi himpunan di Muhafazah : 

1. Asyut – Masjid Umar Makram
2. Suhaj – Medan Ath-Thaqafah
3. Qena – Medan As-Sa’ah
4. Luxor – Kompleks Islam Madinah Esna & Medan Solahuddin
5. Beni Suef – Masjid Amru bin Al-‘Ash
6. Minya – Palace Square
7. Aswan – Masjid Nasr Kurnish Nil
8. Syarqiyyah – Masjid Al-Fath
9. Port Said – Masjid Tauhid
10. Ismailiyah – Masjid Solehin
11. Suez – Masjid Hamzah
12. Benha – Masjid Ibrahim Al-Morsi
13. Kafr Syeikh – Masjid Al-Istad
14. Damanhur – Masjid At-Taubah
15. Mansurah – Olympic Village Stadium Gamaah

 

“يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”

 

SUMBER :
Darul Ifta’ (Institusi Fatwa Mesir)
Lajnah Fatwa Al-Azhar
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *