Seruan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Kepada Rakyat Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mesir Terkini : Jutaan penyokong Dr.Muhamamd Mursi turun membanjiri di setiap tempat bagi menyatakan pendirian mereka bersama Presiden dan Syariyyah serta menolak rampasan kuasa terhadap perlembagaan. Penyokong Dr.Muhammad Mursi berhimpun di seluruh cawangan yang berada di Mesir. Antaranya disebabkan tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Mesir.

Mesir Terkini

Tentera mengumumkan rampasan kuasa penuh daripada kerajaan Dr.Mursi Muhammad.

Presiden Mursi berkata beliau akan berpegang dengan perlembagaan dan menyeru Majlis Tentera untuk menarik balik peringatan yang dikeluarkan.

 

Isu Semasa

Ucapan Prof. Dr.Yusuf al-Qaradhawi Kepada Seluruh Rakyat Mesir :

Antara isi kandungan ucapan beliau :

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

1. Semua pihak perlu memberikan kerjasama yang baik dalam dialog yang dianjurkan Presiden Dr.Muhammad Mursi demi mencapai kesepakatan dan keamanan sejagat .

2. Hindari “Suuzzhon” (Buruk Sangka) sesama rakyat Mesir.

3. Setiap individu perlu memiliki sifat sabar dalam menghadapi setiap perkara dan Presiden Dr.Muhammad Mursi perlu berganding tangan bersama rakyat bagi memajukan Mesir.

4. Menyeru rakyat Mesir supaya bersatu atas kesatuan Ummah.

5. Menyeru rakyat Mesir untuk mentaati perintah Waliyyul Amri (Presiden Mesir Dr. Mursi) selagimana tidak menyuruh kepada perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.

6. Sekiranya Presiden Dr.Muhammad Mursi jatuh, maka akan naik seorang presiden yang jahat. Maka sepatutnya rakyat Mesir untuk mengekalkan pemerintahan Dr.Muhammad Mursi.

7. Menyeru rakyat Mesir agar bertakwa kepada Allah dan kembali kepada perkara yang diredai Allah.

8. Beliau berdoa agar dilembutkan hati rakyat Mesir dan memberikan keamanan kepada bumi .

 

SUMBER :
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

1 thought on “Seruan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Kepada Rakyat Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *