Gugur Sistem Demokrasi Negara Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tempoh 48 jam yang diberikan oleh Majlis Tentera Mesir berakhir 5.00 petang (Rabu).

Terjawab semua persoalanBenar apa yang disebutkan sebelum ini oleh bekas Menteri Undang-Undang Mesir, Hateem Bagato bahawa Mursi yang diumumkan sebagai Presiden Mesir tidak boleh dijatuhkan dengan pelbagai cara atau taktik melainkan kecuali dengan sebab tiga perkara :

1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri
2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.
3) Pengkhianatan terbesar.

Tahulah kita cara yang ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh Abdul Fattah As-Sisi ( Majlis Tentera Mesir ) dan pakatannya.

 

Majlis Tentera Mesir

Terkini : Isu Semasa Mesir

Selasa  ( 2 Julai 2013 )

1) Mahkamah Rayuan membatalkan pelantikan Peguam Negara, Talaat Abdullah yang dilantik oleh Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi melalui dekri November 2012 dan dalam masa yang sama menolak permohonan bekas Peguam Negara Abdul Majid Mahmoud untuk dilantik kembali ke jawatan tersebut.

Pada November tahun lalu, Dr.Muhammad Mursi melantik Talaat Abdullah bagi jawatan tersebut dengan menggantikan Mahmoud yang merupakan Peguam Negara lantikan Mubarak.

2) Para Ulamak Al-Azhar dan Imam Kementerian Waqaf membawa kain kapan menandakan sokongan untuk mempertahankan syar’iyyah. Kain kafan yang ditunjukkan ini sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Ulama' Al-Azhar

 

Rabu  ( 3 Julai 2013 )

1) Dataran Hahdhah berhadapan Universiti Kaherah, Giza menjadi saksi pembunuhan beramai-ramai para penyokong kebenaran yang mempertahankan kelayakan Mursi sebagai seorang Presiden yang sah di sisi undang-undang dan perlembagaan apabila mereka yang berkampung di dataran tersebut diserang oleh kumpulan perusuh (baltoji).

Serangan menggunakan senjata tajam dan pistol itu menyebabkan 20 nyawa menjadi korban dan mencederakan lebih 560 orang.

2) Sumber Ikhwanonline: Dengan arahan daripada Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohammed Ibrahim kelihatan petang ini anggota-anggota polis telah turun ke dataran Tahrir dan sekitar Istana Ittihadiyah (lokasi himpunan penentang Mursi) dengan membahagikan air mineral dan air jus kepada mereka.

Tindakan pasukan anggota polis berkenaan diketuai sendiri oleh Ketua Polis Kaherah, Usamah As-Soghir merangkap Timbalan Menteri Dalam negeri yang menaiki kenderaan peronda polis yang tertera “Polis Berkhidmat Untuk Rakyat”

3) Ikhwanonline: Pasukan polis melepaskan gas pemedih mata kepada himpunan menyokong Presiden Mursi yang diadakan di Jalan Stadium, bandar Benha wilayah Qalyubiyah. Tembakan yang bertalu-talu itu menyebabkan orang ramai berpecah dan tidak diketahui bilangan tepat mereka yang cedera.

Huda Ghunaim, bekas Ahli Parlimen yang turut serta dalam himpunan menyalahkan Ketua Polis wilayah kerana keganasan tersebut.

Akibat tindakan polis ini, sesetengah media mendakwa “berlaku pergaduhan antara kumpulan dan penyokong Mursi yang memaksa polis melepaskan gas pemedih mata” walhal ia provokasi polis.

Ikhwanonline menghubungi Ketua Polis negeri, Muhammad Yusri bagi bertanyakan punca polis melepaskan gas lalu beliau terus mematikan panggilan dan kemudian gagal dihubungi.

4) Sumber Keselamatan: Majlis Tentera Mesir menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.
Antara mereka ialah :

–Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir),
–Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan)
–Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat)
–Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)

5) Kereta perisai milik Majlis Tentera Mesir telah mengepung di seluruh pintu keluar masuk dataran Rabaah Adawiyyah dan melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan rakyat yang berhimpun bagi menyokong Dr.Muhammad Mursi di dataran tersebut. Kereta perisai juga didapati berkawal di dataran Nahdah, Giza yang juga menjadi lokasi himpunan menyokong Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Mursi berucap

6) Keratan Ucapan Dr.Muhammad Mursi :

Saya rela darah saya ditumpahkan demi untuk menjaga negara ini dan perlembagaannya. Allah akan menjadi penjaga dan pengawas setiap yang saya lakukan. Dan saya telah membuka dan sentiasa membuka dan mengajak untuk mengadakan dialog dan perbincangan.

Majlis Tentera

7) Antara Kandungan Ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi :

— Digantung perlembagaan buat sementara.
— Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
— Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

8) 3 stesen televisyen telah ditutupkan selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Majlis Tentera Mesir Abdul Fattah As-Sisi. Antaranya An-Nas, Ar-Rahmah dan Misr 25.

9) Dr.Muhammad Mursi dalam ulasan ringkasnya terhadap pengumuman Ketua Majlis Tentera Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi bahawa tentera telah melakukan tindakan rampasan kuasa dan ianya ditolak sama sekali.

11) “Presiden baru” sementara Mesir, Adli Mansour yang juga Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara.

Presiden Sementara Mesir

 

Khamis  ( 4 Julai 2013 )

1) Mahkamah Dokki telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan

2) Dilaporkan Pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain. Penangkapan juga berlaku keatas pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz. Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa’ad Katatni ditangkap di kediamannya & juga Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi.

3) Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Ghazzah dari memasuki bumi Mesir.

4) PM Turki Erdorgan: “Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi.”

5) Menteri Belia Mesir, Dr.Usamah Yasin menyertai rakyat di dataran Raba’ah bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi.

6) Ikhwanonline: Sehingga kini, berikut jumlah mereka yang terbunuh selepas ditembak oleh askar dan polis Mesir bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi selepas rampasan kuasa beberapa jam yang lalu:

-Iskandariah: 10 orang terbunuh, 200 orang cedera di dataran Sidi Bisyr selepas dikepung selama 3 jam oleh askar.

-Asyut: 2 terbunuh dan lebih 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram

-Aswan: Kematian yang tidak dapat dipastikan manakala mencederakan lebih 100 orang berhampiran Masjid An-Nasr. Kumpulan samseng/perusuh juga mengepung masjid tersebut dan lebih 50 orang warga tempatan terperangkap.

-Matruh: 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.

7) Kesemua Stesen Televisyen Kristian meraikan rampasan kuasa keatas puak Islam sementara stesen televisyen Islam Mesir ditutupkan serta para pekerjanya ditangkap. Demi Allah SWT, ini penghinaan dan pengkhianatan keatas umat Islam.

 

 

Mereka Bergembira

Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi, Iran ,Mubarak dan golongan sekular..

Bagaimanakah nasib umat Islam di seluruh dunia selepas ini khasnya di Syria ?. Terbelakah mereka selepas ini? Adakah kedutaan Syria akan kembali dibuka di Kaherah? Adakah pelarian Syria akan bebas menikmati kehidupan sebelum ini yang dilayan sebagai “tetamu” bukan pelarian?…

 

 

Doa Keamanan

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

5 thoughts on “Gugur Sistem Demokrasi Negara Mesir”

  1. apa akan jadi dengan anak-anak islam ..terbelakh mereka dengan cara ini?? kesudahan yang sering tergatung jawapannya

  2. siap bawa kain putih sebagai persediaan sungguh mengkagumkan mereka dalam mempertahankan bumi yang tercinta

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *