Majlis Tentera Mesir Memberi Tempoh 48 jam

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

mesir

TERKINI : Isu Semasa Mesir

1) Jumlah Yang Terkorban Telah Meningkat Kepada 16 Orang dan 781 Orang Yang Cedera.

2) Jumlah Penunjuk Perasaan Yang Keluar diSeluruh Mesir Berjumlah 2 juta Orang Daripada Golongan Penentang Presiden Mesir (Tamarrud) dan 6 juta Daripada Golongan Penyokong Presiden Mesir (Tajarrud).

3) Kumpulan Perusuh Telah Membakar Markaz Ikhwan Muslimin di Muqattam dan Merompak Semua Barang Serta Kelengkapan Pejabat. Mereka Juga Telah Membunuh 8 Orang Pemuda Ikhwan Muslimin di Hadapan Pejabat Tersebut.

 

Majlis Tentera

Majlis Angkatan Bersenjata Mesir Memberi Tempoh 48 jam :

Pihak tentera telah berikan tempoh seminggu kepada semua tetapi ia telah berlalu tanpa sebarang inisiatif dan perbincangan.

Sidang media Pejabat Presiden Mesir yang dijadualkan jam 10 malam hari ini (Waktu Mesir). Menurut televisyen Mesir , Mursi masih meneruskan perbincangan dengan para penasihat dan pembantu beliau bagi mencari jalan selamat menyelesaikan kemelut hari ini. Dijangka satu dekri atau keputusan besar akan dibuat.

Sementara kenyataan dari Majlis Tentera pula disambut gembira oleh penentang Mursi di Tahrir dan dataran seluruh negara. Tentera Mesir memberikan tempoh 48 jam kepada semua pihak untuk menyelesaikan krisis yang berlarutan ini. Jika berakhir tempoh 48 jam ini (iaitu yang berakhir pada hari Rabu 3 Julai) maka menjadi kewajipan tentera untuk menyelesaikannya.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Secara yang tersuratnya maka kenyataan tentera ini memberi amaran kepada kerajaan untuk menyahut tuntutan “rakyat”. Dalam kenyataan tersebut meminta agar “tuntutan rakyat” diterima.

 

Persoalan Yang Belum Terjawab & Mempunya Banyak Konklusi :

1) Siapakah yang dimaksudkan dengan “tuntutan rakyat”? Apakah yang dimaksudkan dengan “tuntutan” itu? Hari ini semua pihak bercakap atas nama “rakyat”. Sudah tiada lagi istilah “pembangkang” atau “kerajaan”. Semuanya berkata “rakyat mahukan…”. Jika yang dimaksudkan oleh tentera itu rakyat yang berada di Tahrir dan mereka yang anti-Mursi maka desakan tentera itu ditujukan kepada Presiden Mesir dan kerajaan agar menerima tuntutan mereka iaitu Mursi perlu berundur dan Pilihanraya Presiden baru perlu segera diadakan.

Adapun jika “tuntutan rakyat” yang dimaksudkan tentera itu ialah di dataran Raba’ah dan penyokong Mursi maka kewajipan kepada pembangkang untuk menerima keputusan rakyat yang dibuat setahun lalu apabila memilih Mursi sebagai Presiden.

2) Apakah agaknya tindakan tentera jika 48 jam tempoh yang diberikan tidak membuahkan hasil? Yang pasti, “Tamarrud” telah mengumumkan akan terus berada di Tahrir sehingga tempoh 48 jam berakhir. Manakala parti Wasat (aliran Islam) melontarkan cadangan agar semua parti kembali ke meja rundingan segera! Mustahil “Tamarrud” akan berunding.

Kenyataan susulan dari Majlis Tentera dikeluarkan oleh Ahmed Muhammed Ali, jurucakap rasmi Majlis Tentera bahawa:

1) Majlis Tentera akan bersama-sama dengan kehendak rakyat dan dakwaan bahawa “Majlis Tentera akan membuat rampasan kuasa” tidak timbul sama sekali.

2) Bahawa tentera tidak akan terlibat dengan politik atau pemerintah kerana ia telah keluar dari garis yang ditetapkan oleh rakyat (dalam perlembagaan).

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim.
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Education Malaysia Of Egypt

 

4 thoughts on “Majlis Tentera Mesir Memberi Tempoh 48 jam”

  1. Ni semua salah satu agenda dajal untuk menjatuhkan Islam kerana morsi adalah pemimpin Islam yang paling kuat dan berpengaruh sekarang ni. Israel dan sekutu2 terasa sangat terancam dengan morsi. Jadi dorang dah aturkan segala2 ni. Semoga Allah memberi kemenangan kepada Islam. Amin..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *