Pemimpin & Aktivis Islam Terus Diburu & Ditangkap

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tuduhan Palsu Yang Direka Terhadap Pimpinan & Aktivis Islam

Esom Sultan adalah mangsa terbaru yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir pagi semalam bersama-sama dengan Presiden parti, Ir.Abul ‘Ela Madhi yang sememangnya bermotifkan politik. Kedua-dua mereka diperintah oleh mahkamah untuk ditahan reman selama 15 hari bagi disoalsiasat oleh pihak pendakwaraya.

Tiada apa-apa pertuduhan jenayah berat yang boleh disabitkan dengan mereka kecuali pertuduhan yang direkacipta untuk terus menutup mulut pemimpin parti-parti Islam di Mesir. Berdasarkan dakwaan yang dihadapkan kepada Sultan ialah bertanggungjawab membunuh, membakar pejabat-pejabat kerajaan, menangkap serta menyeksa mangsa yang terdiri dari rakyat Mesir di dataran Raba’ah.

Pelik kerana bagaimana boleh dikaitkan Esom Sultan yang membunuh dan menyeksa rakyat di dataran Raba’ah sedangkan pendirian Parti Wasot ialah bersama-sama rakyat di Raba’ah menolak rampasan kuasa.

Yang membunuh rakyat yang keluar secara aman tanpa membawa senjata di Raba’ah ialah polis. Yang membunuh umat Islam yang sedang solat Subuh di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi 8 Julai lalu ialah askar. Tetapi kenapa yang disiasat ialah pemimpin parti Islam seperti Wasat?

Esom Sultan

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Sebetulnya, ‘kesalahan besar’ Esom Sultan kerana menjadi salah seorang anggota Panel Penggubal Perlembagaan 2012 yang dituduh sebagai “Perlembagaan Ikhwan” tahun lepas walaupun hakikatnya, beliau dipilih atas dasar kelayakan beliau sebagai seorang peguam.

Sepertimana pertuduhan yang dihadapkan kepada 8 orang pemimpin Ikhwan Muslimin yang masih belum dibebaskan waktu ini antara mereka bekas Mursyidul Am Syeikh Mahdi ‘Akif dan Presiden Parti Rayah (Salafi) Syeikh Hazim Abu Ismail.

Tuduhan sama iaitu “merancang dan menggalakkan pembunuhan kepada penunjuk perasaan”. Apakah yang dimaksudkan dengan “merancang dan menggalak”? “Galakkan” yang memberi kepada para penyokong mereka dengan semangat jihad fi sabilillah dan mati syahid? Adakah kerana memberi semangat dengan jihad dan syahid yang merupakan cita-cita tertinggi mereka ini maka ia dianggap salah di sisi pemerintah toghut hari ini?

Seterusnya, kita bakal saksikan lebih ramai pemimpin parti dan pertubuhan Islam (bukan hanya Ikhwan) yang akan ditangkap selepas ini.

Pejabat Pendakwaraya Madinah Nasr memulakan siasatan terhadap Naib Presiden Parti Wasat, Esom Sultan yang juga seorang peguam semalam di Penjara Turoh, lokasi yang menjadi tahanan bagi Sultan waktu ini.

Sepanjang soal siasat itu, Sultan hanya menjawab “Saya tidak tahu apa-apa dengan tuduhan ini.” Sultan juga meminta ketua panel siasatan segera menamatkan soalsiasat kepadanya supaya beliau dapat menyambung bacaan Al-Qurannya sebelum beliau melelapkan mata.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

4 thoughts on “Pemimpin & Aktivis Islam Terus Diburu & Ditangkap”

  1. Zaman sudah benar2 mendekati akhir, di dalam Al Qur’an sudah diberitahukan pada kita secara gamblang bahwasanya akan ada peperangan terhadap orang2 Islam sekaligus menyebarnya fitnah terdahsyat terhadap orang2 islam hingga Dajjal keluar..
    Saya cuma bisa mendoakan saya, semoga Allah SWT selalu melindungi kita, walaupun luput dari mara bahaya dan lainnya kita nanti bisa mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah Taala

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *