Himpunan Jutaan Syuhada’ Seluruh Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Himpunan Jutaan Syuhada'

Hari ini 30 Julai bersamaan 21 Ramadhan dinamakan “Himpunan Jutaan Syuhada”

Gabungan Kerjasama Kebangsaan mengumumkan perarakan akan bermula hari ini selepas solat Zohor dari Masjid Nur, Abbasiyah ke dataran Raba’ah.

Masjid Nur Kaherah

Permulaan himpunan “Jutaan Syuhada” hari ini. Perarakan yang bermula selepas solat Zohor tadi bergerak dari dataran Ramsis ke dataran Raba’ah.

Ramsis

 

Turki Gantung 27 Perjanjian Dengan Mesir

Kerajaan Turki hari ini menggantung sebahagian perjanjian yang termeterai antara Ankara dengan Kaherah berjumlah 27 buah perjanjian yang merangkumi berkaitan perhubungan, pengajian dan kesihatan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tayyib Erdorgan sewaktu lawatan beliau ke Mesir tahun lepas.

Beberapa buah akhbar Turki hari ini melaporkan keputusan tersebut diambil oleh kerajaan sebagai protes terhadap “rampasan kuasa” yang menyebabkan kematian 200 orang warga Mesir dan mencederakan ribuan yang lain, iaitu merujuk tragedi berdarah pagi 27 Julai lalu.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Tindakan tegas itu menyusul selepas ucapan Erdorgan pada petang Ahad lalu ketika menghadiri majlis jamuan berbuka puasa di bandar Istanbul yang mengecam “pembunuhan yang membunuh 200 orang” dan berkata, “Kita tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku di Mesir.”

Raja Abdullah bin Abdul Aziz

Arab Saudi Rasuah Abdul Fatah As-Sisi 1 Bilion

Akhbar Amerika “Washington Time” melaporkan kenyataan seorang aktivis Saudi yang lantang memperjuangkan basmi penyelewengan, Mujtaheed bin Harith bin Humam mendakwa Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz memberikan rasuah berjumlah USD 1 billion kepada Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fatah As-Sisi bagi menjayakan misi operasi menyingkirkan Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi.

 

Para Peguam Saman Kerajaan “Kudeta” Dakwa Bunuh Rakyat

Sekumpulan para peguam yang diketuai oleh Hameed Sodiq hari ini mengemukakan saman kepada Peguam Negara kepada penama berikut iaitu Adli Mansour (Presiden sementara), Dr.Mohammed El-Baradei (Naib Presiden), Hazim Beblawi (Perdana Menteri), Abdul Fattah As-Sisi (Menteri Pertahanan), Dr.Ahmed Toyyib (Syeikh Al-Azhar) dan Pope Tawadhrox (Ketua Gereja Koptik) atas dakwaan merancang dan menyebabkan pembunuhan lebih 200 orang penunjuk perasaan yang aman menggunakan kekerasan melalui polis dan tentera yang menganggap mereka ini adalah “pengganas”.

Saman tersebut dikemukan kepada Peguam Negara bagi pihak pendakwaan membuka fail siasatan atas dakwaan tersebut.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
R.N.N | شبكة رصد‎
Ikhwanonline
Rassd.com
fj-p.com

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *