Kerajaan “Sementara” Mesir Cetus Pergolakan Dalaman

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Baradie Mula Diserang, Petanda Kerajaan ‘Kudeta’ Mahu Berperang ?

Media-media utama negara Mesir memulakan serangan mereka kepada Naib Presiden “kerajaan perampas” Dr.Mohammed El-Baradei yang kebelakangan ini dilihat cuba merintis usaha mengadakan diplomasi dengan Ikhwan dan penyokong pro-Mursi. Pendirian Baradei ini cuba mengendurkan ketegangan dalam negara dengan berunding bagi mencari penyelesaian terbaik ekoran keengganan penyokong Mursi mengosongkan dataran Nahdhah dan Raba’ah.

Kerana pendirian Baradei yang bertoleransi ini menyebabkan rasa kurang senang dalam kabinet kerajaan “kudeta” hari ini yang dianggotai oleh sebilangan besar ‘fulul’ Mubarak. Pendirian menteri-menteri dan penyokong askar ini lebih agresif, berbeza dengan Baradei iaitu perlu dileraikan himpunan Raba’ah dan Nahdhah terdekat ini secara kekerasan.

DR BARADIE

Cadangan ini dilontarkan setelah usaha yang cuba dilakukan oleh pihak tentera selama lebih 5 minggu penyokong Mursi berada di Raba’ah dan Nahdhah menemui jalan buntu. Hampir saban hari sebelum ini, pemimpin utama Ikhwan Muslimin dihubungi dan didatangi oleh wakil tentera bagi mengadakan perbincangan tetapi kesemua mereka ditolak kerana bagi mereka perbincangan hanya akan dibuat oleh satu-satunya Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Melihat kepada kegagalan usaha ini dan keengganan tentera membebaskan Dr.Mursi, maka seorang menteri dalam kabinet kerajaan “perampas” sekarang, Dr.Fakhry Abdun Nur, Menteri Perindustrian mencadangkan agar pasukan keselamatan mengepung dua dataran ini dan meleraikan perkumpulan dengan apa jua cara sekalipun.

Cadangan Abdu Nur ini dilanjutkan dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung semalam,31 Julai yang memberikan “kuasa dan mandat” sepenuhnya kepada Kementerian Dalam negeri bagi mengambil apa jua tindakan bagi meleraikan dua perkumpulan pro-Mursi. Susulan “mandat penuh” kabinet itu, Menteri Dalam negeri, Mohammed Ibrahim berkata, dia akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan semua timbalan-timbalannya bagi melaksanakan mandat tersebut.

Menteri Dalam negeri Mesir

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Kuasa dan mandat” ini sebenarnya rentetan dari permintaan Ketua Tentera, Abdul Fatah As-Sisi minggu lepas yang “mahu semua rakyat turun ke jalan-jalanraya bagi memberikannya kuasa untuk berhadapan dengan pengganas”. Lalu pagi Sabtu 27 Julai lalu, dengan “kuasa” yang diberikan oleh penyokong Sisi pada hari Jumaat sebelum itu di dataran Tahrir, maka Sisi menggunakan polis untuk menceroboh dataran Raba’ah menjelang waktu Sahur yang membunuh 200 orang.

Perlu disebutkan, usaha berani para pemuda yang menggadaikan nyawa mereka dengan turun beramai-ramai ke pintu masuk dataran di hadapan Kubur Anwar Sadat telah menyelamatkan nyawa ribuan yang lain yang berada di dalam dataran Raba’ah. Jika 200 orang tersebut tidak berkubu di pintu masuk tersebut, maka ribuan yang lain berada dalam dataran akan ‘berkubur’.

Rakyat Mesir Syahid

Polis dengan mudah akan masuk ke dataran dan membunuh lebih ramai termasuk wanita dan kanak-kanak. Taktik mereka dengan bertahan di hadapan Kubur Anwar Sadat itu dapat menyelamatkan lebih ramai nyawa yang menjadi korban. Petang itu, Menteri Dalam negeri, Mohammed Ibrahim dalam sidang media menyatakan “Terdekat ini polis akan meleraikan dua perkumpulan di Rabaah dan Nahdhah mengikut lunas undang-undang dengan kerjasama pihak tentera .”

Lebih merumitkan keadaan apabila “Al-Jazeera” melaporkan terdapat penasihat-penasihat disekeliling Sisi yang ber’fatwa’ harus membunuh 2 juta rakyat di Raba’ah dan Nahdhah demi menjaga ‘maslahah’ 90 juta rakyat yang lain.”

Maka, dengan “kuasa dan mandat” baru dari kabinet ini maka bakal menyaksikan lebih ramai yang akan menjadi korban jika taktik serangan ganas digunakan oleh polis dengan kerjasama tentera.

“Mandat” dari 32 menteri ini kepada Menteri Dalam negeri ini juga secara tidak langsung mengenepikan usaha keseorangan Baradei yang berusaha untuk berunding dengan kumpulan Raba’ah dan Nahdhah. Maka dengan itu, media Mesir mula menyerang Baradei. Sebagai contoh, juruacara tv kroni Mubarak bernama ‘Amru Adib dengan nada menghina berkata, “Berambus kamu wahai Baradei balik ke Amerika” dan seorang lagi penyokong Mubarak, Murtada Mansour berkata, “Baradei ialah wakil Amerika dan Israel di Mesir”.

Ini bermaksud, semua usaha mengadakan rundingan bagi mengelakkan pertumpahan darah adalah sia-sia walaupun usaha itu dipelopori oleh penyokong Sisi sendiri kerana mereka mahukan kebangkitan rakyat ini ditamatkan dengan cara kekerasan

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *