Pelajar Terbaik Mesir Hadiahkan Untuk Dr. Mursi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pelajar Hadiahkan Kejayaan Beliau Kepada Dr. Muhammad Mursi

17 Julai (Rabu), keputusan Syahadah Thanawiyah ‘Ammah (atau setaraf sijil SPM di Malaysia) diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Mesir.

Pelbagai reaksi para pelajar yang dilaporkan oleh media. Paling menarik perhatian ialah mereka yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik. 

Mesir Kini

Seorang pelajar yang diumumkan keempat terbaik seluruh negara, Ahmed Mohammed Tharwat dari wilayah Sohaj berkata, beliau menghadiahkan kejayaan beliau ini buat Presiden kesayangan beliau, Dr.Muhammad Mursi.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Menceritakan detik yang bersejarah itu, Tharwat dihubungi pagi ini oleh Pejabat Pendidikan wilayah bagi menyampaikan berita baik itu.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada para guru beliau, Tharwat menghadiahkan kejayaan ini buat Mursi. “Saya mengharapkan beliau dikembalikan ke jawatan Presiden dalam Ramadhan ini,” ujar Tharwat yang mendapat pendidikan di sekolah Ikhwan Muslimin. Tharwat juga melahirkan hasrat untuk menyertai Ikhwan terdekat ini.

Seorang lagi pelajar, Ahmed Mohammed As-Soghir yang diumumkan pelajar kelima terbaik seluruh negara turut menolak rampasan kuasa tentera dan mengharapkan Dr.Muhammad Mursi kembali terdekat ini.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

2 thoughts on “Pelajar Terbaik Mesir Hadiahkan Untuk Dr. Mursi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *