Himpunan Jutaan Rakyat Seluruh Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Seluruh penganalisis mengakui bahawa Ikhwan berjaya menggerakkan rakyat Mesir untuk demo yang cukup hebat yang pastinya memberi kesan kepada tindakan tentera.

Semalam, jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi membanjiri seluruh cawangan Mesir demi menyatakan sokongan kepadanya serta menolak rampasan yang telah dilakukan oleh askar.

Semalam rakyat yang menyokong Presiden Mursi menamakan Jumaat “Hancur Rampasan Kuasa” dan Jumaat “An-Nasr”. Hari ini juga telah masuk hari ke-22 sejak 28 Jun lalu, mereka tetap berdiri teguh di dataran Raba’ah dan seluruh negara tanpa liputan walaupun sedikit dari media rasmi milik negara. Yang banyak memberi liputan himpunan mereka ialah televisyen asing dan melalui media baru termasuk Facebook.

Rampasan Kuasa Mesir

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

22 hari yang dicatatkan merupakan cabaran paling besar buat mereka iaitu tempoh yang melepasi hari-hari menggulingkan Mubarak pada revolusi 2011 yang hanya mengambil masa 18 hari dalam cuaca musim sejuk dan askar yang memihak kepada rakyat. Cabaran besar buat mereka kali ini iaitu berhadapan cuaca panas, kerjasama polis, askar dan militia samseng yang memerangi mereka dan mereka terpaksa berdepan dengan dunia yang berkomplot dengan tentera. Mereka bukan hanya berdepan dengan kereta perisai polis dan kereta kebal tentera, tetapi dengan kuasa besar dunia Amerika selain pemerintah Arab seperti Saudi, UAE dan Kuwait.

Kejayaan paling besar mereka yang boleh disifatkan sebagai gagalnya rampasan kuasa ini apabila mereka mampu bertahan walaupun dibunuh teman-teman mereka sewaktu solat Asar, Subuh dan terawih. Tidak takut kepada kematian dan tidak gentar berdepan dengan senjata milik askar dan polis. Apakah lagi kejayaan yang lebih besar dari mereka yang tidak gentar untuk syahid?

Sempena memperingati peperangan “10 Ramadhan” yang menyaksikan kejayaan Mesir mengembalikan Sinai ke tangannya maka pentas Raba’ah mengucapkan tahniah kepada Presiden Mursi selaku Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir antaranya Jabhah Ulamak Al-Azhar yang diketuai oleh Dr.Yahya Ismail.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

3 thoughts on “Himpunan Jutaan Rakyat Seluruh Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *