Fakta Menarik Mengenai Kabinet Baru Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kabinet Baru Negara Mesir

Kerajaan baru “perampas kuasa” selepas mengangkat sumpah di hadapan Presiden ‘sementara’ Adli Mansour..

Beberapa Persoalan & Fakta Menarik Buat Kabinet Baru:

1) Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang mengetuai tentera membuat rampasan kuasa lantas mengumumkan pelantikan Mansur, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan sebagai ketua negara. Sisi yang melantik Mansour dan dia mengangkat sumpah di hadapan Mansur. Hingga diumpamakan “seperti golongan musyrikin yang membuat berhala dan mereka yang menyembah berhala itu”.

2) Daripada 34 orang jumlah menteri, Perdana Menteri Dr.Hazim Bablawi mengekalkan hanya dua menteri dalam kerajaan Mursi sebelum ini selain Sisi sebagai Menteri Pertahanan iaitu Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim dan Menteri Elektrik dan Tenaga, Ir.Ahmed Imam. Apakah maksudnya? Tidakkah mengekalkan mereka berdua seperti mengiktiraf “kejayaan” mereka dan sebagai “hadiah” atas kejayaan itu?

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!
  • Apakah “kejayaan” yang dimaksudkan? Bukankah setahun di bawah pemerintahan Mursi Mesir berhadapan dengan krisis elektrik dan keselamatan yang tidak pernah aman? Adakah ia benar-benar krisis? Tidak. Ia memang konspirasi, Ibrahim dan Imam adalah perancangnya. 
  • Ibrahim sendiri sebagai Menteri Dalam negeri diarahkan oleh Mursi untuk membasmi golongan samseng (baltoji) tetapi rupanya pegawai tertinggi polis yang melindungi rangkaian kumpulan samseng ini dan golongan kaya orang kanan Mubarak yang membiayai rangkaian ini. 
  • Sebagai contoh lagi, ketika Pejabat Ikhwan di Muqattam terdedah dengan serangan, Mursi meminta polis untuk berkawal tetapi Ibrahim menolak dan mengatakan terdapat “kumpulan bersenjata” dari dalam bangunan Ikhwan itu yang menembak polis. “Kalau anda mahu juga, sila minta askar yang jaga” kata Ibrahim kepada Mursi dengan penuh biadap. Akhirnya berlaku apa yang telah berlaku. 

3) As-Sisi berjanji akan melibatkan lebih ramai anak-anak muda di dalam kerajaan baru sebagai mengiktiraf kumpulan pemuda yang menjayakan revolusi 2011 menumbangkan Mubarak. Tetapi perhatikan fakta berikut:

  • Hazim Bablawi sebagai PM berusia 77 tahun sedangkan PM bawah Mursi, Hisyam Qandil berusia 51 tahun. 
  • Dr.Baradei sebagai Naib Presiden berusia 71 tahun dan 15 orang menteri berusia antara 60 hingga 65 tahun. Benarkan janji Sisi ini? Di mana suara anak muda yang dijanjikan?

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *