Gerakan Hamas Diharamkan Di Mesir
Apabila tanggal 3 Mac lalu, Mahkamah Mesir secara rasmi mengharamkan semua aktiviti gerakan HAMAS di Mesir dan menutup semua pejabat-pejabat HAMAS di negara itu ia secara langsung melabelkan HAMAS sebagai pertubuhan pengganas. Ia diselar oleh pimpinan HAMAS kerana keputusan dibuat dalam keadaan wakil HAMAS tidak pernah dipanggil untuk tampil sebagai saksi.