14 Terkorban Serangan Di Masjid Ningxia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Serangan tiba-tiba tercetus ketikamana proses agihan dan mengedarkan makanan kepada para jemaah sedang dijalankan di masjid di rantau Ningxia, media kerajaan melaporkan. Akibat serangan tersebut, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 10 orang lagi cedera.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari pada Ahad semalam berlaku dengan mengejut sewaktu makanan tradisional sedang diedarkan kepada orang ramai yang menghadiri upacara memperingati seorang pemimpin agama, kata agensi berita Xinhua.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital dengan segera dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. Sehingga kini, siasatan sedang dijalankan di masjid tersebut yang terletak di bandar Xiji, kira-kira 320km barat laut Xian. Wilayah Ningxia merupakan rumah kepada minoriti kaum Hui yang berbahasa Cina, majoriti daripada mereka terdiri daripada kaum muslimin Islam tetapi berbeza dari segi adat berbanding etnik Uighur Xinjiang.

 

SUMBER :
Al-Jazeera
We Care 4 Islam
map2care.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *