Pertempuran Terbaru Di Selatan Somalia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

BUULOBURDE – Para mujahidin di Selatan Somalia telah melancarkan satu serangan terbaru dalam satu operasi syahid di Somalia yang mensasarkan sebuah hotel di bandar selatan menyebabkan puluhan terbunuh.

Kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas tentera Somalia yang disokong oleh Kesatuan Afrika mendakwa telah mengambil alih bandar tersebut daripada Mujahidin As-Syabaab.

Satu letupan yang meletus di Buuloburde semalam adalah serangan terbaru ke atas serangan pasukan Kesatuan Afrika.

“Seorang pengebom berani mati telah memandu kereta yang dilengkapi dengan bahan letupan menuju ke hotel. Sejurus kemudian, letupan besar meletus dan berlakunya tembak-menembak yang agak sengit, “ ujar Moalim Mohamed Adan.

Pegawai keselamatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 4 orang telah terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Semasa ditemuramah di pejabat berita Reuters, Syeikh Abdiasis Abu Musab, wakil jurucakap operasi ketenteraan As-Syabaab telah mengatakan bahawa,”Seorang Mujahid yang membawa bahan letupan memasuki hotel melalui kereta dan diikuti dengan dua pejuang bersenjata melepaskan tembakan bertubi-tubi.”

Beliau turut menambah bahawa 32 tentera Somalia dan Kesatuan Afrika dikenalpasti telah tewas dalam operasi itu. Hussein Nur, salah seorang warga lain di bandar Buuloburde menyatakan bahawa dia terdengar letupan di hotel Camalow, beberapa ketika itu bunyi tembak-menembak yang berlaku antara tentera dan Mujahidin As-Syabaab selama beberapa jam.

Tentera Kesatuan Afrika yang ditugaskan untuk menjejaki para Mujahidin As-Syabaab bersama pasukan Somalia, dilaporkan berada di lokasi hotel yang menjadi sasaran serangan.

Serangan itu adalah rentetan daripada rombongan tentera ibu negara Mogadishu pada hari yang sama, menyebabkan empat tentera Somalia terbunuh, salah seorang dari mereka adalah kapten tentera.

 

SUMBER :
Arrahmah.com
We Care 4 Islam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *