Himpunan Anti-Referendum Perlembagaan Baru Mesir

Warga Mesir yang beragama Kristian melancarkan kempen “Warga Kristian Menentang Rampasan Kuasa” hari ini mengumumkan memboikot pungutan suara draf perlembagaan kudeta yang akan diadakan pada 14 dan 15 Januari ini.

Dalam kenyataan melalui Facebook rasmi kempen itu berkata, “Isunya bukan isu Islam atau Kristian. Isu hari ini ialah isu kemanusiaan, isu negara dan tanahair yang cuba dirompak di hadapan dan depan mata kita.”

Mereka turut merancang untuk mengadakan himpunan berhampiran balai-balai polis serta pusat-pusat pengundian khasnya di kawasan-kawasan yang didiami oleh majoriti penduduk Kristian.

Jutaan Rakyat Mesir

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri kudeta, pengkhianat Mohammed Ibrahim semalam memberi amaran bahawa militianya akan menggunakan kekerasan “yang tidak pernah terbayang sebelum ini” kepada mana-mana pihak yang cuba menggagalkan pungutan suara itu.

Bandar-bandar utama di seluruh Mesir dibanjiri lautan rakyat penyokong anti referendum perlembagaan baru Mesir versi kudeta serta perarakan besar-besaran dari para pelajar menuntut hak-hak mereka yang dianiaya.

 

SUMBER :
Rassd.Com
Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *