Masjid Al-Azhar Dilarang Solat & Azan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Masjid Al-Azhar Dilarang & Ditutup Solat Zohor & Melaungkan Azan

Pasukan keselamatan mengarahkan Masjid Al-Azhar ditutup dan dilarang untuk solat Zohor kelmarin setelah ribuan ulamak Al-Azhar dijadualkan mengadakan muktamar di masjid berkenaan Zohor ini. Pihak keselamatan juga melarang azan Zohor dikumandangkan, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir sejak penjajahan Perancis di Mesir.

Masjid Al-Azhar

Ulamak Al-Azhar mengadakan perarakan ke dataran Raba’ah sejurus muktamar tamat yang bergerak dari Masjid Al-Azhar yang jaraknya lebih 20 km.

Bekas Menteri Wakaf, Dr.Tala’at Afifi berucap di dalam masjid Al-Azhar menggesa rakyat untuk menentang rampasan kuasa yang berlaku. Menurut beliau perancangan jahat ini telah dirancang lama bagi menafikan suara serta kehendak rakyat Mesir.

Dr.Tala'at

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Pihak pengurusan masjid menghalang Dr.Tala’at menggunakan pembesar suara masjid dan melarang azan Zohor dikumandangkan. Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Jamal Abdul Hadi berucap di Masjid Al-Azhar dalam muktamar ulamak Al-Azhar menolak rampasan kuasa berkata, rakyat Mesir umumnya dan warga Mesir dari kumpulan Islam khasnya hari ini hidup dalam situasi “politik samseng”.

Kumpulan Islam menurut beliau, menyertai demokrasi yang kemudian menyaksikan kehendak mereka dirampas. “Mereka bertindak atas nama demokrasi kononnya tetapi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, membatalkan perlembagaan yang disahkan oleh rakyat dan menyingkirkan Presiden yang dipilih oleh rakyat.”

Tegas beliau yang juga Pensyarah Sejarah Islam Universiti Al-Azhar, pendirian ulamak pada bila-bila masa juga ialah berhadapan dengan toghut dan kezaliman. “Dan mereka (ulamak) yang cuba bersembunyi pada waktu ini merupakan pengkhianat.”

“Ya ALLAH, berikan kekuatan kepada mereka yang sentiasa mempertahankan agamaMU, dan jatuhkan kerajaan yang menidakkan akan pensyariatanMU di bumi bertuah ini.”

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul KLarim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
www.ikhwanonline.com
www.fj-p.com
www.rassd.com
www.islammemo.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *