Markaz Ikhwan Muslimin Dulu & Kini

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Markaz Induk Ikhwan Muslimin yang terletak di El-Helmiyah El-Jadidah pada waktu itu berjaya menghimpunkan ribuan pendengar pada majlis pidato hari Selasa setiap minggu.

Selepas komplot jahat rejim Jamal Abdul Nasser yang merancang “Peristiwa Minsyiyah” iaitu percubaan bunuh Abdul Nasser pada 26 Oktober 1954, markaz Ikhwan Muslimin ini telah dibakar oleh kumpulan “Unit Tahrir” iaitu kumpulan di bawah Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Nasser ketika itu.

Dalam kejadian yang memusnahkan markaz dan kelengkapan yang terdapat di dalamnya, ketua kumpulan “Unit Tahrir” itu diketuai oleh Ibraheem At-Tohawi dan setiausahanya, Ahmed To’iemah turut menghalang kereta bomba dari menghampiri kawasan markaz bahkan anggota kumpulan tersebut turut memotong paip yang digunakan untuk memadamkan kebakaran.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Kebakaran itu turut memusnahkan dokumen-dokumen dan buku-buku termasuk yang dihadiahkan oleh Muhammad Ali Basha pada zaman kerajaan beraja kepada Imam Hasan Al-Banna. Tetapi tiada siasatan dibuat terhadap kejadian ini. Markaz tersebut hari ini telah diubahsuai menjadi Balai Polis Darbul Ahmar” yang berada di dalam bangunan yang dibeli asalnya oleh Ikhwan Muslimin pada tahun 40-an.

Selepas Revolusi 2011, Ikhwan Muslimin bangkit semula untuk tujuan operasi dengan membeli sebuah bangunan di atas Bukit Muqattam, Kaherah. Malangnya, ia menjadi sasaran oleh kumpulan anti-Ikhwan yang menyerang dan merosakkan bangunan ini terutama selepas berhasilnya perlembagaan baru pada Disember 2012.

Bangunan ini dimusnahkan oleh kumpulan Tamarrud menjelang rampasan kuasa 3 Julai 2013 lalu. Berdasarkan maklumat Ikhwan Muslimin, Presiden Mursi sendiri telah memohon kepada polis melalui Menteri Dalam negeri, Mohammed Ibrahim untuk polis mengawal bangunan ini sepertimana kawalan yang dibuat di bangunan-bangunan awam lain. Dengan biadap, Ibrahim menolak permohonan Presiden Mursi.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *