Polis Mesir Serang Rakyat Semasa Solat Terawih

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pembunuhan Terbaru Rakyat Mesir

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada lebih 100,000 penyokong Mursi yang sedang menunaikan solat terawih di Masjid Al-Fath, di Ramsis. Tembakan gas turut masuk ke ruang solat di dalam masjid.

Ratusan ribu rakyat yang menolak rampasan kuasa membanjiri Ramsis bagi meneruskan himpunan. Selain Ramsis, mereka turut berkumpul di dataran Nahdhah, Raba’ah dan bandar-bandar di seluruh negara.

Perarakan juga dilaporkan sedang bergerak dari dataran Raba’ah yang diketuai oleh Dr.Solah Sultan bagi membantu himpunan di Ramsis.

Penyelaras Hospital awam dataran Raba’ah, Dr.Hisyam Ibraheem: “Angka kematian serangan polis semasa umat Islam sedang solat terawih di Ramsis meningkat kepada 4 kematian sementara lebih 300 orang cedera.”

Jemaah

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Lebih 10,000 orang penyokong Mursi semalam menunaikan solat terawih di Masjid Al-Fath Ramsis. Semasa rakaat kedua, mereka, pasukan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup menembak mereka yang sedang solat.

Polis turut menggunakan ‘khidmat’ samseng (baltoji) mengepung mereka yang cuba menyembunyikan di dalam masjid beberapa jam. Lebih 1,000 orang termasuk wanita terperangkap dalam masjid kerana dikepung.

Polis Mesir

Anggota polis menembak gas pemedih mata ke arah rakyat di dataran Ramsis yang sebelumnya mereka menunaikan solat terawih. Begini dilayan rakyat mereka, sedang pelekat di kenderaan polis tertera slogan “Keamanan anda keprihatinan kami, keselamatan anda matlamat kami.”

 

 

SUMBER :
Ustaz muhammad Abdul malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu republik Arab Mesir

 

1 thought on “Polis Mesir Serang Rakyat Semasa Solat Terawih”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *