10 Rancangan Jahat Kumpulan “Tamarrud”

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

TERKINI : Isu Semasa Mesir

1)Jumlah korban pertempuran antara penyokong dan penentang Dr.Muhammad Mursi di wilayah Asyut meningkat kepada 4 orang dan 7 orang cedera.

2)Kawalan Keselamatan Di Bangunan Kerajaan Dipertingkat. 35 buah trak polis pencegah rusuhan, 6 buah kereta perisai dan 4 buah kereta bomba dilihat mengambil posisi berhampiran Kementerian Dalam negeri, Bangunan Parlimen dan Bangunan Jemaah Menteri.

Beberapa anggota tentera juga dilihat berada di dalam Bangunan Dewan Rakyat dan Senat bagi mengawal keselamatan. Pagar berduri juga mula dipasang di semua jalan yang menghala ke bangunan-bangunan tersebut.

3)Berita dari wilayah Menufiyah:

-Seorang pemimpin Parti Demokratik Kebangsaan yang dibubarkan dari Menufiyah dilaporkan membayar setiap perusuh (samseng) sebanyak LE1,000 dan mereka yang turun demonstrasi bersama kumpulan Tamarrud dibayar sebanyak LE500 untuk menjayakan misi mereka menawan “Istana Ittihadiyah” hari ini 30 Jun.

-Wang yang banyak ini hasil sumbangan tokoh korporat kroni Mubarak yang menguasai empayar perniagaan sebelum ini selain hasil sumbangan keluarga bekas pembesar Mubarak.

 

10 rancangan jahat Tamarrud (Kumpulan Pemberontak):

1. 10 perkumpulan di dataran-dataran utama antaranya Ramsis, Abasiyah, Misr Jadidah, dan Tahrir berarak menuju Istana Ittihadiyah (Pejabat Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi).

2. 200 ribu orang dijangka berkumpul di Istana Ittihadiyah seawal jam 8 pagi dan merancang untuk merempuh, dan mengepung Istana kira-kira jam 8 malam sebelum mengusir serta menghalau Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi dengan membunuh atau menangkap dengan menggunakan apa jua jenis senjata.

3. Jam 10 malam Majlis Presiden Mesir (penggubal perlembagaan) diumumkan penubuhannya yang terdiri daripada peneraju ‘Barisan Penyelamat’ (Amru Musa, Hamdein Sobahi, El-Baradei)

4. Kerajaan campuran baru yang terdiri daripada Abdul Mun’im Abul Futuh dilantik sebagai PM dengan dibantu tiga timbalan, George Ishaq (koptik kristian) Nadir Bakkar (dari parti Nur) & al Maghazi (parti wafd dan kumpulan liberal). Kabinet baru yang terdiri daripada 35 kementerian diagihkan kepada Majlis Presiden, parti nur dan koptik kristian.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

5. Pengisytiharan darurat.

6. Perlembagaan Mesir hari ini dibatalkan dan kembali menguatkuasakan Perlembagaan darurat 1971 (undang-undang era Mubarak dan sebelumnya, Anwar Saadat).

7. Mengeluarkan perintah Presiden untuk membatalkan Dewan Senat semasa dan penangkapan semua ahli parlimen , serta penangkapan bagi semua yang terlibat dengan penangkapan 1981.

8. Menutup rangkaian media yang disifatkan “ekstrem” (iaitu pro Dr.Muhammad Mursi) seperti aljazeera dan Misr25.

9. Membatalkan lesen majalah & surat khabar seperti akhbar Sya’b (rakyat), hurriyah wal ‘adalah (lidah rasmi Free Justice Party-FJP), Al misriyyun.

10. Menangkap Dr.Muhammad Mursi, ahli Maktab Irshad Ikhwan Muslimin dan yang bertanggungjawab pada perhimpunan Pro Dr.Muhammad Mursi di dataran Raba’ah.

Mesir

Kumpulan Yang Bersatu Mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi:

-Ikhwan Muslimin dan partinya, FJP
-Jamaah Islamiyyah dan partinya, Bina wa Tanmiyyah
-Parti Wasat (pecahan Ikhwan Muslimin)
-Parti ‘Amal Jadid
-Hal Ehwal Ulamak Syariah bagi Hak dan Perubahan
-Parti parti aliran Salafi (Asolah, Fadhilah, Ar-Rayah dan El-Waton)
-Gerakan kempen Syeikh Hazim Abu Ismail (dikenali sebagai Hazimun)

Kumpulan Penentang Presiden Mesir Dr. Mursi :

-Barisan Penyelamat Mesir
-Pemuda 6 April
-parti sekular dan liberal
-Parti Ghad Thaurah

Pendirian dua parti lain berikut:

– Parti Nur (mengambil pendirian tidak menyokong kedua-dua pihak di atas, berada di jalan tengah)
– Parti Masr Qawiyyah (diketuai oleh Dr.Abdul Mun’iem Abul Futuh). Bagaimana beliau seorang bekas Anggota Majlis Syura dan Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin boleh menentang “syar’iyyah” Dr.Mursi, orang yang pernah ditarbiyah bersama beliau dalam Ikhwan satu masa dahulu.
SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Media Penerangan PMRAM

 

4 thoughts on “10 Rancangan Jahat Kumpulan “Tamarrud””

  1. Hello there. I discovered your blog the usage of live messenger. That’s a truly neatly created report. I will be bound to bookmark them are available here we are at find out added of your respective helpful information and facts. Just article. I most certainly will surely come back.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *