Letupan Saluran Gas Di Semenanjung Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

SINAI – Sekumpulan lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Mujahidin Sinai dipercayai terlibat dalam letupan paip gas yang terletak di sebuah kawasan industri di padang pasing Semenanjung Sinai pada Selasa lalu.

Walaubagaimanapun menurut sumber rasmi menyatakan bahawa letupan tersebut tidak menyebabkan sebarang korban , lapor AFP. Namun sehingga kini, tiada pihak yang mengeluarkan kenyataan atau mengaku bertanggungjawab atas letupan itu.

Sebelum ini, kumpulan yang digelar sebagai ‘Mujahidin Sinai’ itu telah memaksa pihak kerajaan Mesir agar memberhentikan bekalan gas ke ” Israel ” dan berulang kali mensasarkan paip gas lain yang berada di Sinai. Tindakan itu tercetus sejak peristiwa penggulingan diktator Husni Mubarak pada tahun 2011 yang lalu.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Pada masa yang sama, mereka juga antara yang terlibat dalam pertempuran dengan pihak polis dan tentera Mesir yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penggulingan presiden Mohammad Mursi pada bulan Julai 2013. Gerakan yang lain turut terlibat adalah Al-Ansar Baitul Maqdis, yang mana mereka mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan ke atas polis dan tentera di sempadan Mesir .

 

SUMBER :
Arrahmah.Com
We Care 4 Islam
map2care.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *