Israel Mengepung & Menahan Rakyat Palestin

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

HEBRON – Rejim Israel telah menangkap 15 warga Palestin, termasuk lapan remaja di bandar Tebing Barat, Hebron. Sebelum berlakunya serangan tersebut, tentera Israel telah mengepung kawasan Dora di selatan bandar dan menyerbu kediaman warga Palestin.

Mereka yang ditangkap dari rumah mereka telah dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Antara anak-anak muda yang ditahan, Mahmoud Harbiyat ( 14 ), Ghalib Harbiyat ( 15 ), Mohamed Harbiyat ( 15 ), Ali Yousif ( 14 ), Hamza Abu Ras ( 13 ), dua adik-beradik kembar Mohamed Ahmed dan Hawwash ( 13 ), dan Qusai Al – Atrash ( 14 ).

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Sementara itu, saudara perempuan Qusai yang tidak disebut namanya yang berusia 19 tahun juga ditangkap bersama dengan Omar Al – Atrash ( 24 ), Mohamed Mohamed ( 23 ), Mahmoud Abu – Bangsa ( 30 ) , Yousif Mohamed ( 17 ) , Reyad Abu – Bangsa (21 ) , dan Mo’men Attoun ( 19 ). Rejim Israel mendakwa mereka telah menyerahkan surat perintah penangkapan untuk seluruh keluarga Ahmed Abu-Ras.

Penduduk tempatan melaporkan bahawa pihak tentera telah menyerahkan pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh gabenor tentera Israel di Hebron kepada mereka dan mengugut akan mengambil tindakan sekiranya antara kanak-kanak tersebut terlibat dalam membaling batu kepada tentera Israel.

“Sesiapa yang berani membaling batu bermakna meletakkan dirinya dalam bahaya dan keluarganya akan dikenakan hukuman yang setimpal.” Gabenor Tentera Israel

 

 

SUMBER :
Arrahmah.com
We Care 4 Islam
map2care.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *