Penindasan Muslim Uighur Di Negara China

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

XINJIANG – Pihak Tentera China di Xinjiang kembali melakukan kekerasan terhadap warga Muslim Uighur apabila menyebabkan sekurang-kurangnya 8 orang warga etnik Uighur ditembak mati atas tuduhan menyerang pejabat polis dan menggelar mereka sebagai “pengganas” atau “muslim ektrimis”. Keganasan yang terbaru ini dilaporkan berlaku di wilayah Yarkand iaitu Kashgar.

Laman rasmi kerajaan Xinjiang mendakwa bahawa warga Uighur terbabit yang dituduh terlibat dalam serangan pejabat polis baru-baru ini telah ditahan, 9 orang daripada mereka telah dikenal pasti dan didakwa sebagai “pengganas” yang membawa pisau serta bahan letupan.

“9 orang telah dikenal pasti terlibat menyerang sebuah pejabat polis sekitar jam 6 pagi di wilayah Shache,” demikian lapor Tianshan Net News.” Dalam serangan itu, mereka memegang pisau,melempar bahan letupan dan membakar kereta polis”.

Laman tersebut juga mengatakan bahawa pihak polis telah mengambil tindakan ” tegas “ dengan menembak mati lapan orang, manakala seorang lagi ditangkap. Walaubagaimanapun kes serangan tersebut dipanjangkan untuk siasatan lebih lanjut.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Wakil polis daripada Jabatan Polis di wilayah Yarkand telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang ditembak mati terdiri daripada etnik Muslim Uighur. Berikutan kejadian serangan yang berlaku, pejabat polis berkenaan telah ditutup.

Dilaporkan bahawa puluhan Muslim Uighur di Xinjiang telah meninggal dunia akibat ditembak mati oleh pihak rejim komunis China dalam beberapa bulan terakhir tahun lalu atas tuduhan ” keganasan” dan digelar sebagai “muslim ekstrimis”, dimana tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan tanpa bukti serta perbicaraan yang kukuh dari mahkamah.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa China terhadap Muslim Uighur dengan menuduh kaum minoriti tersebut terlibat dalam keganasan dan melakukan pemberontakan ke atas kerajaan sehingga isu tersebut dibesar-besarkan dan menyebabkan penindasan terhadap etnik minoriti Muslim di Xinjiang semakin berleluasa.

 

 

SUMBER :
Arrahmah.com
We care 4 Islam
map2care.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *