Kenyataan Rasmi Terbaru Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Syeikh Yusof Al-Qaradawy

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Yusuf Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh “Al-Jazeera”.
Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah :

1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianati janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. As-Sisi juga beranggapan dia telah diberikan “kuasa” melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan “kuasa” itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai “boneka”dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai “kerajaan zalim”.

3) Abdul Fatah As-Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu As-Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh Yusof Qaradhawi turut menyalahkan As-Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

5) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. “Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar.”

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

6) Mengecam Media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. “Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku.”

7) Menyeru kepada Rakyat Mesir untuk turun ke Raba’ah dan “jangan takut”. Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. “Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba’ah.”

Kenyataan Terbaru Syeikh Ahmad Toyyib

Kenyataan rasmi terbaru Al-Azhar melalui Syeikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Dr.Ahmad Toyyib dikeluarkan semalam khasnya selepas pembunuhan beramai-ramai awal pagi 27 Julai berhampiran Raba’ah.
Antara isi kandungan penting kenyataan beliau:

– Al-Azhar mengutuk dengan keras dengan korban yang berlaku dan ia telah merosakkan segala usaha untuk mengadakan usaha damai (musolahah).

– Al Azhar meminta kerajaan sementara ini mendedahkan segera hasil siasatan berkaitan peristiwa serta mengenakan hukuman segera kepada mereka yang bersalah.

– Al Azhar menyeru semua untuk memulakan inisiatif bagi duduk di meja dialog tanpa meminggirkan mana-mana pihak bagi keluar dari krisis ini.

– Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, “Apabila bertembung dua orang muslim dengan senjata mereka, pembunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka.”

“Semoga Allah SWT memelihara Mesir dan menjauhinya dari keburukan fitnah”

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *