Penipuan Menteri Dalam Negeri Mesir Terbongkar

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mohammed Ibrahim Sekutu Abdul Fatah As-Sisi

Tidak adil jika hanya menghalakan serangan kepada Abdul Fatah As-Sisi, Menteri Pertahanan tanpa membongkar kebobrokan sekutunya, Menteri Dalam negeri Mesir bernama Mohammed Ibrahim. Dua menteri ini pernah berkhidmat di bawah kerajaan Mursi sebelum ini tetapi khianat kepada ketua negara yang dipilih oleh rakyat secara sah.

Ibrahim pada awal pelantikannya sebagai menteri pada awal Februari 2013 dilihat banyak bekerjasama dengan pentadbiran Mursi. Ini kerana sudah beberapa menteri dilantik bagi membersihkan imej pasukan polis yang masih dibelenggu dengan “karat” Mubarak.

Pelantikan Ibrahim, yang sebelum itu merupakan Ketua Jabatan Penjara dilihat mampu membersihkan KDN dan polis dari ‘tangan-tangan kotor’ sehingga dia dilabel sebagai “orang Ikhwan”. Pernah kumpulan sekular pemuda “6 April” mengadakan demonstrasi di kediaman Ibrahim dengan mengangkat seluar dalam dan melabelkan Ibrahim sebagai “pelacur Ikhwan Muslimin” kerana ketegasannya berhadapan dengan kumpulan pembangkang Mursi ketika itu. Dia jua mengarahkan polis mengadakan kawalan ketat di sekitar Istana Ittihadiyah yang memaksa pembangkang Mursi terpaksa berundur kerana ketegasan pasukan polis waktu itu.

Menteri Dalam negeri Mesir

Tetapi, dalam sekelip mata Ibrahim bertukar wajah menjadi pengkhianat kepada Mursi di hari-hari akhir rampasan kuasa berlaku. Dalam berhadapan suasana huru-hara yang dicetuskan oleh kumpulan Tamarrud dan militia samseng, antara yang menjadi sasaran dahsyat ialah pejabat-pejabat Ikhwan dan partinya, FJP.

Mursi dilaporkan telah menghubungi Ibrahim meminta polis berkawal di markaz Induk Ikhwan di Muqattam. Serta-merta Ibrahim membangkang arahan ketuanya itu. “Jika tuan mahu juga, sila minta askar yang jaga. Polis sama sekali tidak akan turun jaga.” Demikian nada biadap Ibrahim seperti dilaporkan oleh sumber Ikhwan dan FJP. Lalu hampir ranap markaz Induk itu diserang dan dicerobohi oleh kumpulan samseng.

Ibrahim juga antara menteri yang diarahkan oleh Mursi bagi membasmi militia samseng upahan seperti dalam ucapan Mursi, akhir Jun. Malangnya, Ibrahim mengabaikan perintah tersebut kerana rupanya kementeriannya yang menjaga serta memelihara “tanzim” militia samseng itu selama ini.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohammed Ibrahim dalam sidang media semalam di bangunan kementerian dengan pelbagai penipuan dan mempertahankan tindakan “talibarut” mereka semalam membunuh penunjuk perasaan.

Kata Ibrahim, polisnya langsung tidak menggunakan peluru hidup dan hanya melepaskan gas pemedih mata. Bahkan tindakan polis mengikut undang-undang.

Anggota Polis MesirSniper Mesir

Inikah yang dimaksudkan oleh Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohammed Ibrahim bahawa polis hanya melepaskan gas pemedih mata tanpa menggunakan peluru atau senapang?

Tetapi siapa yang sedang mengacukan senjata dengan pakaian seragam ini? Lokasinya juga jelas di Kubur Anwar Sadat dengan gambar yang tertera. (Gambar Bawah) Salah Seorang penembak tepat yang kini dikenalpasti terlibat membunuh 26 orang warga Mesir dalam peristiwa berdarah tersebut. Sah Menteri Dalam Negeri Mesir membuat kenyataan palsu !…

Berita di Wilayah PORT SA’ID: Amat mengejutkan penduduk wilayah Port Sa’id malam ini apabila sebuah masjid dalam bandar tersebut dilarang untuk diadakan solat Isyak dan terawih. Masjid Tauheed sebelum ini merupakan lokasi pertubuhan dan kumpulan Islam mengadakan pusat perkumpulan menentang rampasan kuasa. Beberapa jemaah masjid yang tiba untuk mengadakan persiapan bagi solat Isyak dikejutkan dengan kedatangan polis yang berkata, “Maaf, malam ini dilarang solat.”

Pagi tadi, masjid tersebut dikepung oleh beberapa buah kereta perisai askar dan tentera sementara beberapa orang yang memakai topeng membakar pentas utama di luar masjid yang menjadi pusat himpunan menentang rampasan kuasa bagi bandar tersebut. Pagi tadi juga, 3 orang penduduk tempatan terbunuh, salah seorang penyokong Mursi akibat pergaduhan yang tercetus. Kebelakangan ini, Port Said menyaksikan banyak kedai perniagaan dan restoran milik penyokong kumpulan Islam dibakar dan dimusnahkan.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

1 thought on “Penipuan Menteri Dalam Negeri Mesir Terbongkar”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *