Resolusi Para Cendikiawan Islam Mengenai Isu Negara Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

“Al-Jazeera”: Sedang berlangsung sidang media oleh ulamak dan tokoh pemikir Islam Mesir bagi mengulas pembunuhan beramai-ramai pagi tadi dan lontaran cadangan bagi mengeluarkan Mesir dari kemelut waktu ini.

Majlis yang dikendalikan oleh Dr.Muhammad Salim ‘Ewa (bekas calon Presiden dan pemikir Islam) dan dihadiri oleh Dr.Muhammad ‘Imarah (Anggota Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar dan pemikir Islam), Dr.Mukhtar Mehdi (Anggota Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar), Dr.Toriq El-Bishri (pakar perlembagaan dan anak kepada bekas Syeikh Al-Azhar, AlMarhum Syeikh Salim Bishri), Dr.Saifuddin Abdul Fatah (pensyarah dan bekas Penasihat Presiden Mesir) dan Dr.Tala’at Afifi (bekas Menteri Wakaf).

Menyedari kemelut politik yang melanda Mesir ketika ini perlu diselesaikan segera, maka beberapa tokoh pemikir dan ulamak Islam kelmarin mengadakan sidang media bagi melontarkan cadangan kepada semua pihak berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.

Sidang Media yang berlangsung di Darul Hikmah, Kesatuan Perubatan Mesir itu dikendalikan oleh Dr.Salim ‘Ewa, bekas calon Presiden Mesir yang juga antara pemikir Islam yang terkenal dan disertai 10 orang ulamak dan pemikir yang lain termasuk Dr.Hasan Syafie (Penasihat Syeikh Azhar), Dr. Tala’at Afifi (bekas Menteri Wakaf) dan Dr.Saifudin Abdul Fatah (bekas Penasihat Presiden Mesir) selain beberapa individu yang tiada kaitan langsung dengan Ikhwan atau mana-mana parti politik.

Golongan Cendikiawan Islam

Dalam kenyataan yang dibacakan kepada wakil media, ‘Ewa berharap idea dan cadangan yang dikemukakan itu dapat menghentikan pertumpahan darah serta diterima oleh semua pihak termasuk kerajaan kudeta hari ini.

Antara Cadangan Yang Dikemukakan Oleh Mereka ialah:

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!
  1. Mengembalikan semula Presiden Mursi ke jawatannya dan kemudian Mursi perlu menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada sebuah kerajaan sementara yang baru berdasarkan fasa (141) dan (142) perlembagaan Mesir pindaan 2012.
  2. Kerajaan sementara itu perlu membincangkan perihal Pilihanraya Parlimen pada mesyuarat pertama mereka dalam tempoh 60 hari.
  3. Selepas pilihanraya, sebuah kerajaan tetap akan dibentuk.
  4. Kemudian, kerajaan baru itu akan mengadakan pilihanraya Presiden berdasarkan perlembagaan.
  5. Membuat pindaan kepada perlembagaan.

 

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr.Toriq Bishri berkata, waktu ini tidak ada penyelesaian lain kecuali mengembalikan perlembagaan 2012 yang dimansuhkan oleh tentera pada 3 Julai yang lalu. Beliau yang merupakan anak kepada bekas Syeikh Al-Azhar, Al-Marhum Syeikh Salim Bishri berkata, ia satu-satunya perlembagaan yang terbaik dalam sejarah negara Mesir dan diperakui oleh lebih 60 peratus rakyat dalam pungutan suara.

Seorang lagi tokoh pemikir Islam, Dr.Mohammed ‘Imarah yang turut serta dalam cadangan ini berkata, musibah besar bagi tentera Mesir kerana sibuk di lapangan politik berbeza dengan negara-negara maju yang lain. “Anda tahu kenapa Mesir ini mundur, faktornya kerana tentera suka melibatkan diri dalam pertembungan politik.”

Ikhwan Muslimin memberikan respon positif terhadap cadangan ini. Cuma, pada saya ia akan disambut dingin oleh kerajaan perampas dan tentera kerana mereka mungkin melakukan apa sahaja kecuali mengembalikan jawatan Presiden kepada Mursi. Pada saya, tentera akan ‘membakul sampah’kan cadangan ini kerana mereka mahu lebih banyak darah dari rakyat.

Selepas pelbagai cadangan dilontarkan oleh pelbagai lapisan masyarakat bagi mengeluarkan Mesir dari kemelut yang melanda ketika ini, tiba giliran Kesatuan Ulamak Islam Sedunia pula kelmarin mencetuskan cadangan dengan tujuan yang sama.

Kesatuan Ulamak Dunia yang diketuai oleh Prof.Dr.Yusuf Qaradhawi itu mencadangkan satu pelan tindakan yang mengandungi cadangan dikembalikan hak “syar’iyyah”, mengekalkan perlembagaan 2012 (yang dimansuhkan oleh tentera) yang dipersetujui oleh dua pertiga rakyat dengan syarat perlembagaan ini akan dibuat pindaan oleh Parlimen akan datang.

Selain itu, cadangan agar semua tahanan dibebaskan segera dan menetapkan tarikh Pilihanraya Dewan Rakyat secepat yang mungkin kemudian mencari kesepekatan bagi mengadakan pungutan suara kepada Presiden Mursi sama ada melalui Parlimen atau referendum seluruh rakyat.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

3 thoughts on “Resolusi Para Cendikiawan Islam Mengenai Isu Negara Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *