TERKINI : Isu Semasa Mesir}
Musnah Pemerintahan Sistem Demokrasi Negara Mesir
Khamis ( 4 Julai 2013 )
1) Mahkamah Dokki telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan
15) Gerakan pemberontak “Tamarrud” mencalonkan tokoh pembangkang yang juga bekas Ketua Agensi Atom PBB Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Perdana Menteri.
2) Dilaporkan Pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain termasuklah bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Mahdi Akif pula ditangkap dalam usia beliau lebih 80 tahun.
3) Penangkapan juga berlaku keatas pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz. Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa’ad Katatni ditangkap di kediamannya & juga Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi.
3) Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Gaza, Palestin dari memasuki bumi Mesir.
4) Menutup semua saluran Siaran Islamik (17 saluran ) termasuklah Al-Jazeera, yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan penyokong Presiden Mursi , terutama di Rabaah Abawiyyah
5) Menyekat penerbitan surat khabar rasmi Parti Hurriyyah Wa ‘Adalah (FJP) serta menangkap ketua pejabat siaran langsung Al-Jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
6) Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah dan menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada himpunan penyokong Dr.Muhammad Mursi di Rabaah Adawiyyah.
7) Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang mati syahid.
Sokongan Padu Kepada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi
1) PM Turki Erdorgan: “Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr. Mursi.”
2) Brazil mengumumkan bahawa mereka tidak bersama dengan Presiden sementara, Adli Mansour atas campur tangan jahat dalam proses demokrasi Mesir.
3) Presiden Tunisia menolak campur tangan tentera di dalam proses demokrasi Mesir.
4) Menteri Belia Mesir, Dr.Usamah Yasin menyertai rakyat di dataran Raba’ah bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mesir Dr. Mursi.
5) Dewan Senat Mesir hari ini mengadakan sidang tergempar bagi membuat usul tidak percaya kepada Ketua Majlis Tentera Abdul Fattah As-Sisi dan Presiden sementara Adli Mansour.
6) Gerakan Kehakiman Mesir telah bergabung bersama penyokong Dr.Muhammad Mursi di Dataran Adawiyyah. Selain itu juga, mereka akan bertahan sehingga rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera dapat digagalkan.
7) Para Ulamak Al-Azhar turun padang bersama penyokong Dr.Muhammad Mursi di dataran Rabaah Adawiyyah menyokong Dr.Muhammad Mursi dan menolak rampasan kuasa dari pihak tentera.
8) Berlaku himpunan besar-besaran di mana seramai 100 ribu rakyat melalui jalan-jalan utama di Damanhur. Lebih kurang 10 ribu penyokong Dr.Muhammad Mursi di Bani Suez dan 10 ribu penduduk Kafr Sheikh turut turun ke jalananan bagi membantah rampasan kuasa terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi.
9) Kabilah Arab Mesir hari ini daripada Saina’, Asyut, dan sebilangan tempat yang lain memberi tempoh kepada tentera dalam masa 48 jam untuk mengembalikan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat.
10) Penyokong Dr.Muhammad Mursi akan berarak dari Medan Rabaah Adawiyyah menuju Kementerian Pertahanan dan akan berkampung berkampung di sekitar bangunan tersebut.
Rancangan Jahat Sekutu Mubarak Mengaburi Mata Rakyat
1) Mesir akan diberi minyak petroleum percuma selama setahun.
2) Membekalkan makanan asasi yang mencukupi dengan harga yang murah.
3) Menyelesaikan masalah elektrik yang selalu terputus dengan mengadakan kerjasama antara negara teluk.
4) Parti Nur telah memihak kepada askar setelah menteri dalam negeri kerajaan Arab Saudi menjanjikan satu bentuk bantuan kewangan kepada parti itu untuk menyalurkan wang sebanyak 50 milion setahun.
5) Anggota Polis Mesir hari ini telah menyatakan sokongan padu kepada tentera untuk menyingkirkan Presiden Dr.Muhammad Mursi
6) Mereka menyekat kebebasan bersuara negara Mesir hari ini.
7) El-Barodie mengarahkan agar hakim dan tentera menghapuskan (Parti Huriyyah Wal ‘adalah) dan Ikhwan Muslimin.
8 ) Kementerian dalam negeri mengarahkn agar mana-mana siaran televisyen mesir hari ini dan surat khabar yang menunjukkan sokongan kepada ikhwan muslimin dihentikan perkhidmatannya.
9) Syeikh Al-Azhar dan Pendeta dipergunakan oleh Hamdain Sobahi, untuk melengkapkan rampasan kuasa yang dilakukannya kepada Dr.Muhammad Mursi.
10) Kerajaan Arab Saudi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan “Sementara” Mesir hari ini yang berjaya menumbangkan kepimpinan Dr. Mursi.
11) Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi 3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari.
JUMU’AH AL-GHODHOB (Jumaat Kemarahan)
Himpunan Jutaan Penyokong Mempertahankan Syar’iyyah Dr. Muhammad Mursi Pada Hari Jumaat bersamaan 5 Julai 2013, Antara Lokasi Yang Terlibat Ialah:
1. Daqahlia – depan Istad Mansurah.
2. 6 Oktober – Masjid Al-Hosary.
3. Iskandariah – Masjid Sidi Basyar, rally di kilometer 21 Mubarrah Al-‘Asofera Gharb.
4. Beni Suef – Dauron Jazirah & Masjid Umar Abdel Aziz.
5. Asyut – Masjid Umar Makram.
6. Benha – Masjid Ibrahim Al-Morsi..
7. Suhaj – Masjid Sahabah & Ansar As-Sunnah.
8. Dumyat – Masjid Ar-Rahman.
9. Hurghada – Masjid Mina Kabir.
10. Kafr Sheikh – Masjid Muhafazah.
11. Qena – Medan Sa’ah.
12. Kaherah – Masjid Ar-Rayyan.
13. Aswan – Masjid Nasr.
“يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”
SUMBER :
Media Penerangan (PMRAM)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Allahuakhbar Sesungguhnya Perancangan Allah S.W.T. Maha Halus dan Maha bijaksana. Allah memelihara hamba pilihanNYA.Aameen.
sudah tentu mereka-mereka sayangkan mesir.ibarat nadi kehidupan mereka