Isu Syria | Pendirian Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Buat pertama kalinya sejak tercetus kebangkitan rakyat Syria lebih 2 tahun lalu, ulamak
dunia terkenal Prof.Dr.Yusuf Qardhawi mengecam gerakan Hizbullah dan pemimpinnya Hasan Nasrallah berdasarkan situasi mutakhir ini yang menyaksikan gerakan tersebut bermati-matian mempertahankan rejim Basyar Asad…

Dilaporkan pada waktu ini tidak kurang 4,000 anggota militia Hizbullah berada dalam bumi Syria khasnya di Homs. Tidak terkecuali turut membantu ialah anggota Pengawal Revolusi dari tentera kerajaan Iran.

Tentera rejim Syria didakwa terus melakukan pembunuhan kejam ke atas orang awam dan kali ini tahanan yang dipenjarakan di Pusat Penjara Halab pula menjadi mangsa. Menurut sumber dari Pusat Media Halab, tidak kurang 100 orang tahanan yang dipenjarakan di penjara tersebut dibunuh beramai-ramai dan pihaknya menafikan sumber-sumber stesen berita yang berpihak kepada rejim yang mendakwa mangsa yang terbunuh adalah dari kumpulan bersenjata yang memberontak dan bertempur dengan pasukan keselamatan. Ini berdasarkan nama-nama mereka yang terbunuh telah dipastikan adalah mereka orang awam yang ditahan oleh pasukan keselamatan rejim.

Di tengah kemelut yang semakin memuncak ternyata kecaman Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr.Yusuf Qardhawi amat tepat sekali. Kecaman pedas itu diluahkan oleh ulamak tersohor dunia itu pada hari Jumaat lalu tanggal 31 Mei 2013 di dua perhimpunan yang berbeza. Pertama sewaktu berkhutbah di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha dan kemudiannya berucap di Solidariti Rakyat Syria anjuran Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dengan tema “Bersama Kalian Sehingga Menang” di ibu negara Qatar.

Jika diamati isi ucapan Syeikh Qardhawi kali ini berbeza dari sebelumnya. Pada awal berlaku kebangkitan lebih 2 tahun yang lalu, beliau menafikan berlakunya perang sentimen Sunni-Syiah di Syria. Seperti yang kita sedia maklum pendirian dan usaha beliau selama ini yang begitu berusaha untuk mendekatkan jurang antara Sunni dan Syiah melalui usaha yang dinamakan “taqrib bainal mazahib”.

Setelah lebih 2 tahun kebangkitan yang menyaksikan waktu ini lebih 100,000 nyawa penduduk awam Syria tidak berdosa terkorban dan pelariannya telah mencecah 1.6 juta orang maka tidak dapat dinafikan pembabitan askar militia Hizbullah, sebuah gerakan bersenjata Syiah yang berpengkalan di selatan Lubnan dan anggota Pengawal Revolusi Iran, sebuah unit tentera rasmi kerajaan Islam ala-Syiah Iran yang bersekongkol membantu rejim Basyar.

Lebih mendukacitakan kita lebih sebulan lalu, ribuan askar Hizbullah telah memasuki Syria khasnya bagi membantu rejim Syria merampas semula kawasan El-Qusair, sebuah kawasan dalam wilayah Homs yang sebelum ini berada dalam penguasaan askar mujahidin dan Askar Pembebasan Syria (FSA). Menurut sumber kumpulan revolusi, dianggarkan 4,000 orang militia Hizbullah berada di Homs dan minggu lalu, lebih 150 orang daripada mereka berjaya dibunuh. Mayat mereka dibawa pulang ke kampung halaman untuk disemadikan.

Justeru itu, rakyat Syria memilih hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2013 dengan nama “Jumaat Dajjal Kebangkitan..Al-Quds Bukan Berada di Homs”. Apakah maksud nama ini dipilih? Ia bersesuaian dengan situasi semasa yang menyaksikan militia Hizbullah bertali arus memasuki wilayah Homs bagi melakukan serangan bersama askar rejim Syria dan tali barut mereka bagi menguasai semula beberapa kawasan yang selama ini berada dalam genggaman Tentera Bebas Syria (FSA) dan mujahidin.

Lebih seminggu lalu mereka menggempur askar mujahidin. Dilaporkan juga lebih 30 kes kematian di pihak militian Hizbullah sejak seminggu lalu. Mayat mereka dihantar pulang ke Selatan Lubnan untuk disemadikan sebagai “wira”.

Dilaporkan hingga kini pasukan mujahidin dan FSA mampu bertahan walaupun berhadapan serangan sengit dan asakan dari musuh. Berlegar dalam pemikiran mereka, jika mereka berundur dalam keadaan askar rejim menguasai penempatan tersebut maka nyawa rakyat awam akan terancam. Mereka akan dibunuh beramai-ramai seperti nasib yang menimpa penduduk di Baniyas sebelum ini.

Pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrallah adalah “dajjal” zaman ini. Jika tanpa arahan darinya mustahil bala tentera Hizbullah akan dihantar ke Syria. Dia mengajar askarnya bahawa perang di Syria adalah “jihad mempertahankan tempat suci”. Sesiapa yang terbunuh ganjarannya syurga kerana matinya adalah mati syahid.

Rakyat Syria mengajar kembali Nasrallah dan militia ‘dajjal’nya, Hizbullah bahawa mereka mungkin ‘tersilap’ tempat suci kerana Homs bukan tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa atau Al-Quds. Al-Quds terletak di Baitul Maqdis.

Jika benar mereka mahu membebaskannya dari tangan Yahudi kenapa tidak dihantar bala tentera mereka ke sana? Biar militia mereka memerangi askar Yahudi durjana itu. Kenapa umat Islam Sunni Syria yang menjadi mangsa kebodohan politik sentimen jahat mereka? Adakah mereka takut kepada Yahudi? Atau mereka sebenarnya mempunyai maksud disebaliknya?

Kebobrokan Hizbullah kemudian tersingkap lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kumpulan itu, Hasan Nasrallah pada 26 Mei lalu yang secara terang-terangan lagi menyeru penganut Syiah di Lubnan agar memasuki Syria bagi mempertahankan kerajaan Basyar Asad yang kemudiannya dibantah oleh Kelab Anggota Parlimen Negara Arab yang dipengerusikan oleh Hussein Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Mesir.

Kembali kepada isi khutbah Syeikh Qardhawi. Beliau mengulangi seruan jihad bagi menentang rejim toghut Basyar Al-Assad dan militia Hizbullah yang membunuh pengikut Sunni dan menggesa umat Islam dan kerajaan umat Islam untuk membantu rakyat Syria sambil berkata, jika beliau berkemampuan untuk berperang nescaya beliau akan turun untuk memerangi Hizbullah di Syria. Beliau turut melabelkan secara jelas gerakan Hizbullah sebagai “Hizbu Syaitan”.

“Mereka adalah Hizbu Thoghut, Hizbu Syaitan yang datang dari luar bagi membunuh penduduk Qusair dan sekitarnya. Mereka juga mendakwa kami membunuh musuh, apa musuh yang dimaksudkan?”

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Iran

Syeikh Qardhawi kemudian mengutuk Hizbullah dan Iran yang melakukan operasi ketenteraan membunuh umat Islam Sunni. Tidak terkecuali menurut beliau ialah Perdana Menteri Iraq, Nuri Maliki (seorang Syiah dan sekular) yang turut membunuh pengikut Sunni di negara tersebut. Beliau turut menempelak sesetengah pihak yang mempercayai “niat Syria bagi membebaskan Palestin” akan tetapi tidak pernah berlaku walaupun puluhan tahun lamanya.

“(Syria) tidak pernah melepaskan walau sebutir peluru ke atas Israel, sedang mereka mendakwa bahawa melakukan penentangan ke atas Zionis lantas mereka mentertawakan Arab dan orang Islam akibat berita palsu ini”, ujar beliau.

Dr. Yusof Al-Qardhawi turut mendedahkan bagaimana Basyar Asad pernah meminta beliau untuk menyokongnya pada awal berlaku kebangkitan rakyat. Dengan sinis beliau memerli Basyar dengan berkata,“Apa itu Basyar dan apa itu Assad? Tidaklah dia melainkan seorang lelaki yang jahat, memusuhi rakyatnya sendiri semenjak hari pertama revolusi.

Dia pernah meminta saya untuk menyokong pendirian rejimnya, dia menyatakannya melalui saudara Khalid Mash’al (Ketua Biro Politik HAMAS) akan tetapi Mash’al menolak maka tersungkur Mash’al di pandangan Asad yang zalim ini.”

Beliau juga melabelkan Iran, Hizbullah dan Russia sebagai “musuh umat Islam” selain Parti Lubnan yang turut mengumumkan penyertaan mereka dalam peperangan di Syria.

Beliau mengakhiri khutbahnya dengan berkata,

“Saya menyeru seluruh umat Islam di semua tempat untuk membantu saudara mereka. Tidak masuk akal jika kita membiarkan mereka sedang ribuan sedang berusaha untuk membunuh mereka. Jika saya mempunyai kemampuan nescaya saya akan pergi memerangi bagi mempertahankan mereka (orang awam Syria). Sesiapa yang mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam berperang maka hendaklah menggunakannya untuk berperang di sana.”

Manakala ketika di Himpunan Solidariti Rakyat Syria, beliau turut menyelar Iran dengan berkata, “Sekarang, kita tahu apa yang Iran mahukan. Mereka inginkan penyembelihan yang berterusan bagi membunuh pengikut Sunni.” sebagai mengulas usaha beliau bersama ulamak lain dalam mendekatkan Sunni-Syiah.

Beliau yang sebelum ini merupakan pelopor usaha mendekatkan antara Sunni dengan Syiah turut melahirkan rasa kecewa atas sikap yang ditunjukkan oleh Syiah dan negara Iran dan secara tidak langsung mengiktiraf usaha tersebut gagal.

“Saya nyatakan kepada kalian dengan jelas. Saya berpenat lelah bertahun-tahun lamanya menyeru untuk mendekatkan apa yang dinamakan “mazahib Islamiyah” (mazhab-mazhab dalam Islam) walaupun sebenarnya bukan mazhab kerana mazhab hanya perbincangan khilaf Fekah. Akan tetapi ini ialah perpecahan, saya menyeru kepada kumpulan-kumpulan yang berpecah ini. Tetapi kita dapati mereka tidak menyahut seruan ini. Saya sendiri menghadiri banyak himpunan “taqrib” di Morocco, Syria, Bahrain,Qatar bahkan bermusafir ke Iran sewaktu pemerintahan Presiden Khatami. Saya ingin katakan wahai saudara-saudaraku, bukan semua Syiah memiliki perangai yang sama. Khatami dan kumpulan perubahannya adalah berbeza berbanding mereka yang lain yang melampau yang mahu meratah pengikut Sunni.”

Beliau kemudian mengakui mempertahankan Hasan Nasrallah sebelum ini.

“Saya mempertahankan Hasan Nasrallah, walaupun dia bukan Hasan Nasrallah tetapi dia “Yansuru Syaiton” (membantu syaitan) dan menamakan kumpulannya sebagai Hizbullah tetapi Hizbu Toghut. Mereka ini datang bagi mempertahankan pemerintah Syria, Basyar yang memiliki senjata. Darimana dia dapatkan senjata? Dari wang rakyat. Dari rezeki hak milik rakyatnya.”

Berkaitan dengan pemerintahan zalim keluarga Basyar di Syria beliau berkata, “Ayah Basyar, Hafiz Assad berpegang kepada akidah Syiah Nusairi yang lebih kafir dari Nasrani dan Yahudi. Tiada sebarang syiar Islam yang dilakukannya dalam Syria. Dia (Basyar) dan ayahnya (Hafiz Assad) memerintah Syria lebih 50 tahun, malangnya tidak memadai bagi mereka. Mereka mahukan Syria diwarisi oleh anak-anak dan cucunya. Maka rakyat Syria menolak demikian itu lalu bangkit berhadapan dengan pemerintah kuku besi yang zalim ini.”

Beliau kemudian melahirkan kekecewaan dengan Hizbullah yang dianggap wira oleh sesetengah umat Islam.

“Lalu datang kumpulan yang menyokong rejim zalim ini yang mendakwa mereka adalah orang Islam yang kita menganggap mereka adalah saudara kita.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan persidangan video antara Syeikh Qardhawi dengan ulamak-ulamak secara langsung membincangkan kemelut Syria mutakhir ini. Anggota-anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang hadir turut melahirkan kekecewaan terhadap Hizbullah dan Iran. Mereka yang menyampaikan ucapan turut membidas pendirian Syiah serta menuntut seluruh pengikut Sunni berdiri di belakang mujahidin di Syria.

Mereka juga berpendapat bahawa revolusi Syria merupakan titik penamat antara hubungan Sunni-Syiah kerana berpandangan hakikat sebenar Syiah yang mempunyai agenda tersendiri, bukan untuk kepentingan ummah.

Satu persoalan yang membelenggu benak pemikiran, tidakkah tindakan Hizbullah dan Iran ini dinamakan “campurtangan urusan negara orang lain”? Jika diimbas kembali ketika Presiden Mesir Dr.Morsi berulangkali menyatakan sokongan kepada rakyat Syria dan menggesa Presiden Syria Basyar Al-Asad berundur sama ada di Sidang kemuncak NAM atau Mesyuarat Menteri-Menteri Luar negara Arab dan di beberapa majlis lain, Dr.Morsi telah dianggap “cuba mencampuri urusan negara lain” sedangkan beliau hanya melahirkan penentangan kepada kezaliman dan penindasan sedangkan Hizbullah dan Iran terang-terangan membantu sekutu mereka tanpa kecaman dari mana-mana pihak selain dunia terus membisu atas penyembelihan yang berlaku.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

6 thoughts on “Isu Syria | Pendirian Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi”

    1. kurma asal dari tanah arab.walhal di malaysia mana ada pokok kurma hurm..sy selalu ambil pendekatan kita makan kerna ikut sunnah nabi…

  1. Alhamdulillah. Semakin jelas akan isu ini. Nampaknya tindakan Mesir yg memutuskan hubungan dgn Syria jelas menunjukkan keseriusan Presiden Mesir Morsi untuk menekan mereka.

    Moga semuanya bakal kembali aman. Allahurabbi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *