Demontrasi Mesir “Hamlah Tamarud”

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Media Mesir kini hangat membincangkan kumpulan penyokong Presiden Mursi dan musuhnya bagi menghadapi tarikh 30 Jun ini. Tarikh 30 Jun ini asalnya tidak membawa apa-apa makna berbanding tarikh cuti negara seperti “25 Januari” atau “6 Oktober” tetapi tahun ini ia berlainan.

Kerana tarikh ini genapnya setahun Mursi memegang tampuk kuasa. Seorang Presiden Mesir pertama sejak ribuan tahun (kata Dr.Mohammad El-Baltaji 7,000 tahun) yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya  Mesir yang adil dan telus. Tambahan Presiden ini adalah dari Ikhwan Muslimin.

Yang mula-mula mengajak rakyat turun demonstrasi Mesir 30 Jun ini bukan kumpulan penyokong Mursi tetapi adalah penentang. Kumpulan “Barisan Penyelamat” meneruskan usaha menggulingkan Mursi dengan melancarkan “Kempen Tamarrud” bagi mengumpulkan tandatangan rakyat Mesir bagi menarik balik kepercayaan dari Mursi serta menuntut Pilihanraya Presiden diadakan lebih awal.

Minggu lalu, jawatankuasa kempen ini mendakwa telah berjaya mengumpulkan 7 juta sokongan rakyat Mesir. Tokoh-tokoh penentang Mursi seperti Hamdeen Sobahi, Amru Musa dan Mohammad El-Baradei sudah pasti menandatanganinya. Sasaran mereka ialah 15 juta tandatangan rakyat Mesir , mengatasi undi yang diperolehi Mursi setahun lalu sebanyak 13 juta sementara lawannya Ahmed Syafiq masa itu memperolehi 12 juta.

Adakah wajar bagi kumpulan penyokong Mursi berdiam diri? Tidak. Lalu antara mereka yang menyokong Mursi adalah kumpulan Salafi yang tidak fanatik dan tidak menolak politik turut menubuhkan kempen dinamakan “Tajarrud” kerana perlu diingat terdapat juga kumpulan Salafi yang keras dan tetap menolak politik. Kempen ini turut mengumpul tandatangan bagi melawan kempen “Tamarrud” yang dilancarkan oleh penentang Mursi. Dilaporkan ramai ulamak Salafi Mesir yang menandatangani borang “Tajarrud” ini antaranya Syeikh Muhammad Hasan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Syeikh Hazim Abu Ismail, pemimpin Parti Royah yang juga antara pemimpin aliran Salafi juga menyeru rakyat mempertahankan Mursi sebagai seorang Presiden yang sah. Beliau akan mengumumkan pendiriannya terdekat nanti sama ada akan turun bagi mengadakan rapat umum mempertahankan Mursi atau tidak.

Sementara “Barisan Salafiyah” Mesir tadi telah mengumumkan secara rasmi akan mula berkampung di dataran-dataran utama di seluruh Mesir bermula 25 Jun ini sehingga 30hb.

Mungkin ini pujian yang dimaksudkan oleh Syeikh Yusuf Qardhawi pada himpunan Syria di Doha 31 Mei lepas bahawa golongan ulamak Saudi (wahabi) lebih “membuka mata” terhadap Syiah. Maka kita dapat lihat di Mesir, selepas setahun Mursi berkuasa, mereka inilah berada di barisan hadapan bila berhadapan musuh Islam iaitu dari kelompok sekular/liberal.

Mesir

Perihal kumpulan pembangkang Mesir bernama “Barisan Penyelamat”. Dalam mesyuarat jawatankuasa mereka pada 8 Jun lalu yang berlangsung di Pejabat Parti Wafd, salah sebuah parti sekular komponen Barisan Penyelamat, ada dua keputusan yang dicapai:

1) Menolak sebarang bentuk dialog, perbincangan dan kerjasama sama ada dengan Ikhwan Muslimin atau Presiden Mursi sehingga detik 30 Jun ini iaitu hari yang mereka yakin akan menumbangkan “rejim” Mursi. Ia termasuk jemputan Pejabat Presiden Mesir kepada semua parti politik untuk membincangkan isu “Empangan Nahdha” oleh kerajaan Ethopia.

2) Mengekalkan Amru Musa, Presiden Parti Muktamar (bekas Setiausaha Agung Liga Arab) sebagai penggerak barisan tersebut yang mencetuskan kontreversi apabila terdedah beliau mengadakan perjumpaan rahsia dengan Naib Mursyidul Am Ikhwan, Khairat Shatir. Rakan-rakan komponen Barisan Penyelamat melihat Musa wajar dipecat kerana “khianat”. Namun kontreversi itu berakhir apabila Amru Musa meminta maaf dalam mesyuarat tersebut dan dia kekal berada dalam Barisan Penyelamat.
SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

3 thoughts on “Demontrasi Mesir “Hamlah Tamarud””

  1. memikirkan soal dunia terkadang boleh buat otak migren tapi dalam masa sama kita berfikir betapa bertuahnya kita ada “malaysia”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *