Himpunan Pertahan Mursi Sebagai Presiden Yang Sah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Jamaah Islamiyah dan sayap politiknya, Parti “Bina wa Tanmiyah” menjangka himpunan “Jutaan Tidak kepada Keganasan” yang dijadualkan hari Jumaat, 21 Jun ini lebih hebat dan dibanjiri lebih ramai berbanding himpunan “Syar’iyyah dan Syariat” yang berlangsung beberapa bulan lalu di hadapan Universiti Kaherah, Giza. Ketika itu, jumlah mereka yang membanjiri dataran hadapan Universiti Kaherah dianggarkan lebih 4 juta orang.

Jamaah Islamiyah dan partinya antara puluhan kumpulan Islam yang menganjurkan himpunan bagi menyokong Presiden Mursi Jumaat ini di hadapan Masjid Raba’ah Adawiyah, Madinah Nasr bagi menolak keganasan kumpulan penentang “Tamarrud” yang akan turun ke jalan-jalanraya 30 Jun ini, iaitu genap setahun pemerintahan Mursi.

Parti

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Parti “Bina wa Tanmiyah” juga antara yang menggerakkan kempen “Tajarrud” yang berusaha mengumpulkan tandatangan rakyat bagi menyokong Mursi. Hingga semalam, mereka mendakwa 11 juta tandatangan.

Dalam rombakan baru Gabenor wilayah semalam yang melibatkan 17 gabenor, Mursi melantik seorang anggota parti Bina wa Tanmiyah sebagai Gabenor baru iaitu Ir. ‘Adil ‘Iyyath, Gabenor baru bagi wilayah Luxor. Fungsi gabenor seperti Ketua Menteri/Menteri Besar sementara di Mesir, Gabenor wilayah lantikan dari Presiden, bukan rakyat.

Sementara dari 17 gabenor itu, Mursi melantik 6 orang dari anggota Ikhwan/FJP iaitu di Menufiyah, Buhaira, Gharbiyah, Daqahliyah, Bani Suwef dan Fayyum.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Karim Bin Abdul malik
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *