Al-kisah Sepohon Pokok Rambutan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

pokok rambutan

Pada satu masa dahulu, terdapat satu pokok rambutan yang besar istimewa yang berbuah sepanjang tahun. Seorang budak kecil bernama Rosmah datang bermain di tepinya setiap hari.

Rosmah memanjat pokok itu, memakan buah rambutan dan ada kalanya tidur di bawah pokok rambutan tersebut.

Rosmah amat menyukai pokok tersebut, dan pokok tersebut juga amat menyukai Rosmah.

Setelah beberapa tahun, satu hari Rosmah datang dengan muka bersedih.“Jom, main dengan saya,” kata pokok tersebut kepada Rosmah.

“Saya bukan budak lagi. Saya tak main di tepi pokok lagi,” kata Rosmah.

“Saya perlukan permainan. Dan saya perlukan duit untuk membelinya.”

Pokok tersebut tidak ingin melihat Rosmah tidak bermaya dan sedih maka berkata, “Maaf, tapi saya tidak ada duit, tapi Mah boleh ambil semua buah rambutan saya dan jual. Macam itu, Mah dapatlah duit.”

Rosmah sangat gembira dengan tawaran pokok dan mengambil kesemua buahnya dan beredar dari pokok tersebut dengan senyuman besar.

Rosmah tidak pulang menjenguk pokok setelah mengambil buah rambutan. Pokok tersebut sangat sedih.

Tetiba satu hari, Rosmah kembali, Rosmah kini sudah dewasa dan pokok amat teruja.

“Jom, main dengan saya,” kata pokok tersebut kepada Rosmah.

“Saya tiada masa untuk main. Saya perlu bekerja untuk keluarga. Saya perlu rumah. Boleh pokok bantu saya?” kata Rosmah.

“Maaf, tapi saya tiada rumah. Tapi Mah boleh ambil dahan saya untuk membuat rumah,” kata pokok.

Rosmah yang gembira dengan jawapan itu terus mencantas segala dahan pokok dan beredar dari itu tanpa kembali.

Pokok gembira melihat Rosmah riang, tapi sedih dan sayu lagi apabila Rosmah tidak kembali setelah mengambil dahannya.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Setelah beberapa tahun, Rosmah kembali lagi, dan pokok tetap gembira melihat kepulangan Rosmah.

“Jom, main dengan saya,” kata pokok tersebut kepada Rosmah.

“Saya dah makin tua. Saya nak pergi belayar untuk berehat. Boleh bagi Mah satu kapal?” tanya Rosmah.

“Mah boleh ambil batang saya untuk membuat kapal. Mah boleh belayar jauh dan gembira,” kata pokok.

Tanpa belas kasihan, Rosmah terus mengambil batang pokok dan pergi belayar dan tidak pulang menjenguk pokok.

Setelah beberapa tahun, Rosmah kembali.

“Maaf Mah, kali ini saya tiada apa-apa yang boleh bantu Mah lagi. Tiada rambutan untuk Mah,” kata pokok itu.

“Tak apa, saya pun tak ada gigi untuk menggigit,” jawab Rosmah.

“Tiada lagi tempat untuk Mah memanjat,” kata pokok.

“Tak apa, tulang belakang saya sakit…,” jawab Rosmah.

“Saya memang tak ada apa untuk diberi, yang tinggal hanyalah akar saya yang makin mereput… Maafkan saya, Mah,” pokok itu kata sambil menangis.

“Tapi bagus juga! Akar tua adalah tempat paling baik untuk berehat… Mah datang duduk tepi saya dan berehat,” tambah pokok itu.

Rosmah duduk di tepi pokok, dan pokok berasa bahagia dan tersenyum…

Berapa ramai antara kita yang menganggap ibubapa kita sebagai pokok rambutan di dalam cerita ini? Masa muda, kita suka bermain di tepi ibubapa. Bila besar, kita meninggalkan mereka – hanya mencari ibubapa ketika kita ada masalah. Tapi dalam apa-apa situasi, ibubapa tetap sanggup berkorban untuk kita untuk memastikan kita boleh meneruskan senyuman.

Ramai yang merasa kejam kesanggupan Rosmah menebang pokok tersebut, tapi berapa ramai antara kita yang melayan ibubapa dengan cara yang sama.

Seringkali kita lupa menghargai jasa ibubapa sehingga terlambat…

Hargailah ibubapa, dan luang masa bersama ibubapa. Kehilangan hanya terasa apabila melihat kerusi itu kekosongan di kampung. Kita tidak memahami sayang ibubapa sehinggalah kita sendiri menjadi ibubapa.

Senyum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *