Al-kisah Tembikar Air

tembikar air
Siti, seorang nenek baru membeli sebuah tembikar air yang baru. Tembikar lama yang ada sudah sedikit retak. 

Setiap hari memikul dua tembikar di atas bahunya menggunakan sebatang kayu yang panjang berulang-alik ke sungai setiap hari untuk mengambil air setiap hari menggunakan dua tembikar tersebut.

Tembikar di sebelah kiri ialah yang baru. Tembikar di sebelah kanan ad

alah yang lamaOleh yang demikian, setiap kati pulang ke rumah, tembikar naru, airnya masih penuh, manakala air di tembikar kedua, airnya hanya tinggal separuh.Tembikar baru amat berpuas hati dengan prestasinya setiap hari dan menyindir tembikar lama menyusahkan Siti yang bersusah-payah membawa kembali air tapi hanya tinggal separuh.

Tembikar lama itu merasakan diri amat tidak berguna dan hanya berfungsi separuh saja dan menyusah Siti.

Perkara ini berterusan untuk sekian masa…

Tembikar lama tidak tahan lagi lalu bercakap kepada Siti.

“Maafkan saya selama ini menyusahkan Siti. Saya berasa amat malu dengan keretakan saya menyebabkan air tumpah separuh sepanjang perjalanan ke rumah Siti.”

Siti memberitahu tembikar lama itu – “Perasan tak selama ini, hanya jalan di sebelah kanan ada bunga tapi tidak di sebelah kiri. Ini kerana Siti dah lama tahu keretakan awak, jadi saya tanamkan biji-biji bunga di sebelah kanan perjalanan pulang dari sungai.

Setiap hari, awak yang menyiram bunga itu. Tanpa kamu selama ini, manalah Siti dapat bunga-bunga untuk membuat hiasan di rumah.”

Tembikar baru terasa malu mendengan penjelasan Siti… dan terasa walaupun ia sempurna, tapi sumbangannya tidak seberapa tembikar lama yang menggembirakan Siti dan juga memberikan kehidupan kepada bunga-bunga di sepanjang jalan.

“Saya selama ini ingat disebabkan saya sempurna, maka tiada semak-samun mahupun apa-apa di belah kiri perjalanan balik ke rumah kerana Siti takut saya tercalar. Rupa-rupanya tidak…”

Dapat isi tersirat?

Ingatlah dalam jemaah, setiap orang adalah unik dan setiap orang ada tempat dan tugas yang boleh diagihkan mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan angkuh dan jangan merasakan diri lebih penting atau lebih besar daripada sesiapa dalam jemaah – semua sama penting, semua berperanan sama mustahak – yang paling diperlukan ialah kesudian berkorban untuk jemaah bukan setakat menyumbang…

Senyum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *