7 Serangan Udara Zionis Di Semenanjung Gaza

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

GAZA – Angkatan tentera udara rejim zionis (IAF) melancarkan 7 serangan udara pada malam Selasa ke atas sasaran yang berlainan tempat di Semenanjung Gaza.

Agensi berita Palestin; SAFA, FELESTEEN dan PALTIMES melaporkan serangan berangkai bermula sejurus dua serangan udara yang tertumpu ke atas dua buah ladang ternakan ayam milik keluarga اصليح di Hayyu Al-Manarah, Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Serangan ketiga, pesawat tempur zionis mengebom lokasi yang berlakunya operasi ‘Pintu Tidak Diketahui'(بوابة المجهول) di timur Khan Younis beberapa minggu yang lepas.

Gaza Kini

Lagi sebuah ladang ternakan ayam di kawasan الزنة, Bani Suheila timur Khan Younis menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis dalam serangan keempat. Bagaimanapun, ladang ternakan tersebut sudah kosong.

Tiga serangan berangkai yang terakhir, helikopter tentera udara zionis mengebom lokasi Hittin di kawasan Ummu Al-Nasr Bayt Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Hittin merupakan tempat latihan pejuang Palestin Saraya Al-Quds sayap tentera kepada Gerakan JIHAD ISLAMI PALESTIN.

Selain itu, kedengaran letupan di kawasan-lasawan barat dan utara Rafah Palestin. 7 serangan ini turut dilaporkan oleh Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Asyraf Al-Qudrah menyatakan tiada kecederaan yang menimpa dalam serangan-serangan zionis di utara dan selatan Semenanjung Gaza.

Punca dan sebab serangan

Sumber ketenteraan rejim zionis mendakwa serangan-serangan udara itu bagi membalas tindakan pejuang Palestin yang melepaskan peluru mortar jenis HAWN ke atas tentera zionis yang menceroboh timur Khan Younis pada awal pagi Selasa, demikian laporan media elektronik Israel ‘WALLA!’.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Sebuah lagi web berita Israel ‘YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi English dalam laporannya di awal berita – following Tuesday mortar shells launched at IDF troop in Negev, IAF strikes Gaza Strip target affiliated with terror activity.

Tajuk berita, IAF STRIKES IN GAZA RETALIATION FOR NEGEV MORTAR SHELLS.

Sebelum serangan, pesawat tempur zionis kerap berlegar-legar di ruang udara dan melakukan beberapa serangan gempa (show-off) di ruang udara bandar Gaza dan Khan Younis. Menurut Palestin, serangan gempa menandakan peringatan dan kemungkinan besar disusuli serangan selepas itu.

Palestin Kini

Nampaknya Israel bersungguh kali ini untuk menyerang kembali Gaza. Ikhwanonline hari ini melaporkan pesawat udara milik Zionis telah membuat serangan udara dengan menyerang dua penempatan Gaza iaitu di Bait Hanoun dan Khan Younis awal semalam tapi tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Sememangnya dengan tumbangnya pemerintah Mesir bernama Dr.Muhammad Mursi, Zionis Israel mempeorleh ‘nafas baru’ untuk membelas dendam kekalahan mereka November 2012 kepada HAMAS yang antara puncanya kerana bantuan Mesir kepada Gaza.

“Hari ini, Israel tiada halangan untuk membunuh saudara kita di Gaza”

 

Sumber:
Web berita Safa
Web berita Paltimes
Web berita Felesteen
Media baru Kementerian Dalam Negeri
Web berita Ynet
Ikhwanonline
Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *