Undang-Undang Darurat Negara Mesir Berakhir

Khamis  (14 November 2013), Jemaah Menteri telah mengumumkan berakhirnya undang-undang darurat dan perintah berkurung yang telah dikuatkuasakan semenjak 3 bulan yang lepas.

12 orang pelajar dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun setiap seorang oleh Mahkamah daerah Jamaliyah, Kaherah kerana didapati bersalah menyerang dan menceroboh Bangunan Pejabat Syeikh Al-Azhar bagi mendesak Dr.Ahmed Toyyib meletakkan jawatan. Kesemua mereka juga dikenakan denda LE 64,000 (kira-kira RM 32,000) setiap seorang. Walau bagaimanapun, mereka ini kelihatan ceria dan senyum selepas hukuman dikenakan.

Mesir Kini

Hukuman ini tiada lain melainkan:

1) cuba menakutkan golongan pelajar dan mahasiswa yang kini dilihat memimpin kebangkitan anti rampasan kuasa. Hampir di semua universiti di Mesir diadakan bantahan secara aman, malangnya provokasi militia tentera As-Sisi menjadikan himpunan berakhir dengan tragedi berdarah. Lebih malang, himpunan mereka akan turut diserang oleh militia samseng yang diupah bagi membantu polis.

2) menutup kembali ruang-ruang kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa yang dibuka pada zaman Mursi. Kesatuan Mahasiswa Mesir yang menaungi ratusan ribu pelajar universiti hari ini dikuasai oleh Ikhwan Muslimin dalam pilihanraya kampus yang diadakan sebelum ini.

3) Hukuman ini tidak sah kerana pihak yang menyerang Pejabat Syeikh Al-Azhar ini ialah dari Gerakan Kebangsaan, kumpulan dari Hamdeen Sobahi, bukan Ikhwan tetapi pihak lain yang buat, orang lain yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman.

Cuma, saya hairan perbicraan pelajar-pelajar ini yang memakan masa tidak sampai setahun, hakim mampu untuk menjatuhkan hukuman. Sedangkan Mubarak yang dibicara dua tahun, sampai hari ini satu kes pun Mubarak masih belum mampu dibuktikan bersalah. Walhal dokumen demi dokumen diangkut ke mahkamah sebelum ini tapi hakim buat ‘pekak badak’.

“Inilah undang-undang rimba ala-Mesir”

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *