Himpunan Memperingati 100 Hari Pembunuhan Di Raba’ah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mesir Kini

Penuntut Al-Azhar meneruskan intifadhah hari ini sempena memperingati 100 hari Pembunuhan besar-besaran dataran Raba’ah dan Nahdhah 14 Ogos 2013.

pelajar mesir

Ahmed Sa’ied, Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Universiti Al-Azhar merangkap Jurucakap Kesatuan Mahasiswa/mahasiswi Universiti seluruh Mesir:

“Hingga kini, Universiti Al-Azhar telah mempersembahkan 140 orang penuntut mereka sebagai syuhada’, 400 orang lain merengkuk dalam penjara militia kudeta sementara lebih 2,000 penuntut lain cedera dalam operasi pembunuhan yang dilancarkan oleh tentera semenjak rampasan kuasa 3 Julai.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Manusia sudah tiada nilai dan harga berbanding binatang ternakan. Rakyat Mesir ada yang dibakar hidup-hidup di dataran Nahdhah oleh militia As-Sisi dalam operasi tersebut.

Asma'

Anak perempuan pemimpin Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammed Beltaji, Asma’ Beltaji antara 5,000 penyokong Mursi yang dibunuh dalam operasi 17 jam itu. Dr.Beltaji merupakan pensyarah Universiti Al-Azhar dan bekas Ahli Parlimen Ikhwan.

Kini, beliau telah dibuang dari universiti oleh pihak pentadbiran universiti yang masih dibelenggu oleh ‘fulul’ rejim Mubarak termasuk Rektor universiti. Beltaji kemudian ditangkap dan kini menghadapi saat perbicaraan mahkamah. Turut ditangkap anak lelaki beliau.

“Ujian yang bertimpa-timpa ini tentunya tidak mematahkan semangat rakyat Mesir. ALLAH bersama mereka”

 

 

SUMBER :
Usta Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *