USD 4 Billion Dana Pilihanraya Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Salah seorang pemimpin kumpulan pembangkang Mesir yang tersohor ketika ini, Dr.Mohammed El-Baradei dilaporkan telah berlepas ke Abu Dhabi. Permusafiran beliau yang tidak dijelaskan misinya berlaku beberapa hari selepas serangan ganas kumpulan samseng ke atas Pejabat Ikhwan Muslimin di Muqattam, 22 Mac lepas…

Baradei dilaporkan telah menemui bekas calon Presiden Mesir yang tewas, Ahmed Syafiq yang kini menetap di Abu Dhabi. Selepas kejatuhan Mubarak, Amerika kini telah mendapatkan pengkalan baru mereka iaitu di negara UAE melalui Abu Dhabi dan Dubai. Selain Baradei dan Syafiq,Ketua Polis Dubai Dhohi Kholfan dan bekas pemimpin FATAH, Mohammad Dahlan juga perancang utama menjatuhkan Dr. Mursi (Presiden Mesir).

Menjadi tajuk utama perbincangan mereka ialah masa depan barisan mereka selepas Pilihanraya Parlimen terdekat. Mereka yakin, jika tanpa perancangan yang rapi, pasti gabungan parti mereka akan kecundang. Jika kecundang di tangan calon bebas, tidak terlalu aib berbanding tewas di tangan calon Ikhwan Muslimin melalui partinya, FJP. Awal-awal lagi, Ikhwan Muslimin melalui partinya (FJP) meletakkan keyakinan akan menang 70 peratus daripada 546 kerusi.

Pendirian awal Baradei ialah memboikot Pilihanraya Parlimen. Walau bagaimanapun pendiriannya berubah selepas pertemuan di Abu Dhabi apabila beliau bersetuju untuk menyertainya.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Laporan yang diperolehi, UAE sendiri bersetuju untuk menyuntik sejumlah dana kepada barisan Baradei ini berjumlah tidak kurang USD 4 billion (iaitu bersamaan LE 30 billion) bagi barisan ini memenangi 300 kerusi Parlimen yang membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Ini bererti, setiap satu kawasan Parlimen dibelanjakan tidak kurang daripada LE 10 juta bagi ditabur kepada para pengundi untuk menolak calon Ikhwan Muslimin . Selain dapat membentuk kerajaan, mereka juga berkuasa meminda dan memansuhkan Perlembagaan baru yang diluluskan tahun lepas kerana disyaratkan sebarang pindaan mesti disokong 2/3 ahli Parlimen.

Ikhwan Muslimin

Hingga saat ini, kumpulan pembangkang tidak mengiktiraf perlembagaan baru negara kerana mereka melabelkan ia sebagai “Perlembagaan milik Ikhwan Muslimin “.

Walau apapun perancangan mereka, Allah adalah sebaik-baik perancang dan mereka akan kerugian dalam kekalahan nanti, dengan IzinNya.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

3 thoughts on “USD 4 Billion Dana Pilihanraya Mesir”

  1. mana yang berusaha lebih akan berjaya.tpi klu main kotor mmg tak setuju langsung. politik kurg amik port bt pening kepala.tpi seseki dusuk terfikri juga..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *