Hukum & Fatwa Menyambut April Fool

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fools ….

Kita sedia maklum bahawa April Fools bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan

 

Dr. Yusuf al-Qardawi hafizahullah:
Beliau menyebutkan : ” Bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

April Fools

Sheikh Shalih Fauzan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini ( Hari April Fools ), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fools jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini ( Hari April Fools ) adalah dilarang kerana empat sebab:

[1].Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
[2].Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
[3].Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
[4].Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

 

2 thoughts on “Hukum & Fatwa Menyambut April Fool”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *