Tiga Situasi Yang Mengerunkan Tentera Mesir

Hanya dalam tempoh dua hari bermula Selasa dan Rabu, Mesir telah dijanjikan oleh tiga buah negara Arab bantuan bagi menjana ekonomi negara itu, seminggu selepas berlaku rampasan kuasa.

Negara-negara berkenaan iaitu Saudi, UAE dan Kuwait yang kesemuanya berjumlah USD 12 billion, bantuan kewangan yang terbesar pernah diterima oleh Mesir dalam sejarah negara itu. Saudi dan UAE telah menjanjikan sumbangan kewangan berjumlah USD 8 billion.

UAE telah menyuntik dana 3 billion ke Mesir selepas berjaya menumbangkan Dr.Muhammad Mursi. Kuwait mengumumkan memberi bantuan kewangan kepada Mesir sebanyak USD 4 bilion (USD 2 bilion sebagai pinjaman), demikian itu sehari selepas Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (Emirates) membuat pengumuman menyumbang USD 8 bilion.

Sebagaimana yang diumumkan Jabatan Presiden Mesir pada petang Selasa, Emirates telah memberi bantuan kewangan bernilai USD 3 bilion kepada Mesir. Dari jumlah tersebut, USD 1 bilion diberikan sebagai sumbangan dan USD 2 bilion lagi diberikan pinjaman kepada bank pusat tanpa faedah. Tambahan lagi, Emirates memberikan sumbangan petrol dan sumber tenaga.

Ketua Polis Dubai : Israel bukan musuh Arab. Tetapi musuh kita ialah Ikhwan Muslimin.

 “Ya Allah kau laknatkan mereka yang menentangMu. Berikan kemenangan kepada Dr.Muhammad Mursi dan rakyatnya.”

 Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy

Tiga Situasi Yang Mengerunkan Askar Mesir di Rabaah

Malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Syeikh ‘Umum Qurra’ Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma’sarawy telah sudi turun ke dataran Raba’ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba’ah sepanjang Ramadhan.

2) “Jabhah Ulamak Al-Azhar”, sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba’ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus’ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan “perampas” hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..

 

SUMBER :
Ustaz Abdul Muin Bin Abdul Manan
Ustaz Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

3 thoughts on “Tiga Situasi Yang Mengerunkan Tentera Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *