Mesir Buka Kembali Pintu Sempadan Rafah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sempadan Rafah

Pihak berkuasa Mesir telah membuka sempadan Rafah Mesir pada pagi Rabu setelah mana 6 hari ditutup.

Sumber dari sempadan Rafah Palestin mengesahkan bahawa pihak Mesir membuka pintu sempadan pada jam 11:15 pagi dan membenarkan bas yang membawa mereka memasuki tanah Mesir. Pada waktu yang sama dijangkakan, jemaah umrah Palestin seramai lebih 1660 orang yang tersangkut di Arab Saudi tiba di sempadan Rafah Mesir.

Berhubung pembukaan sempadan, Ketua Pegawai Kastam di imigresen sempadan Rafah Palestin, Maher Abu Sabhah berkata dalam kenyataannya kepada agensi SAFA semalam bahawa pihak Mesir memaklumkan secara rasmi tentang pembukaan sempadan Rafah pada hari Rabu khususnya untuk kemanusiaan dan mereka yang akan pulang ke Gaza.

Jelas Abu Sabhah, sempadan di buka dua hari, Rabu dan Khamis iaitu bermula jam 11:30 pagi hingga jam 03:30 petang.

Berkaitan kemanusiaan, pihak Mesir hanya membenarkan pemegang passport luar, mereka yang mempunyai visa dan pesakit-pesakit yang memiliki permohonan membuat rawatan dari Kementerian Kesihatan.

Dari sudut lain, sebahagian terowong bawah tanah yang dikhususkan untuk membawa masuk barang ke Semenanjung Gaza juga kembali beroperasi meskipun kawalan ketat dari pihak keamanan Mesir sejak akhir bulan Jun yang lalu.

Pemilik-pemilik terowong berjaya membawa masuk keperluan yang diperlukan dalam kuantiti yang besar seperti minyak, gas, bahan binaan, dan barang-barang lain sempena Ramadhan ini.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Rakyat Palestin

Akibat dari penutupan terowong bawah tanah, krisis-krisis yang melanda Semenanjung Gaza seperti petrol dan bahan binaan telah mendedahkan betapa teruknya kesan dari sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis sejak 7 tahun yang lalu.

Pihak berkuasa Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memberikan peluang kepada rakyat Gaza berada di Mesir berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama bulan Ramadhan.

Sejak awal pagi, ratusan penduduk Gaza yang ingin menyeberangi pintu sempadan terpaksa beratur panjang. Pihak berkuasa Mesir hanya mengehadkan waktu pintu tersebut dibuka sebelum ditutup semula.

Pintu Rafah adalah satu-satunya pintu sempadan yang menghubungkan antara Mesir-Gaza melalui jalan darat yang didiami oleh 1.7 penduduk Gaza.

Gaza kini kembali menjadi sebuah “penjara terbesar” yang menyebabkan rakyat Gaza yang ditadbir oleh HAMAS terkepung.

Jeneral Aiman Salamah, salah seorang pensyarah Kuliah Ketenteraan Akademi Tentera Naser ketika ditemubual oleh stesen televisyen BBC berkata, sokongan Presiden Mursi kepada HAMAS dan Gaza merupakan punca utama tentera menyingkirkan beliau.
Aiman berkata, Dr.Muhammad Mursi juga menolak untuk menutup terowong-terowong ke Gaza yang disifatkannya sebagai “menggugat keamanan Mesir”.

 

SUMBER :
Ustaz Abdul Malik Bin Abdul Karim
Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *