Teknikal Penamaan Calon PRU ke-13

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Penamaan Calon

Hari : Sabtu
Tarikh: 20 April 2013
Tempat : Pusat Penamaan Calon
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Penerima : Pegawai Pengurus
Pelanggan : Calon, Pencadang, Penyokong

1. Borang-borang penamaan dari calon, pencadang dan penyokong atau dua darinya atau salah seorang dari mereka.
2. Satu salinan borang penamaan calon.
3. Deposit pilihan raya (Deposit Calon + Deposit Bahan Kempen)
4. Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 4 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 4A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.

 

Mekanisme/Step

1. Penerimaan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus
2. Semakan oleh Pegawai Pengurus
3. Jika terdapat kesilapan atau maklumat tidak lengkap, Pegawai Pengurus akan meminta calon tersebut membuat pembetulan atau melengkapkan dokumen berkenaan.
4. Pegawai Pengurus juga akan menyemak kelayakan seseorang calon dan membuat keputusan sewajarnya.
5. Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak bertanding.
6. Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

 

Deposit Calon

1. Nilai
– RM 10,000 untuk Deposit Calon Parlimen
– RM 5,000 untuk Deposit Calon DUN

2. Waktu Pembayaran
Wang deposit ini boleh dibayar lebih awal kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri atau selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi kepada Pegawai Pengurus sebelum penamaan calon.

3. Kaedah
Wang tunai atau draf bank

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

4. Dikembalikan atau hilang
Calon-calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang di perolehi oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

 

Deposit Bahan Kempen

1. Nilai
– RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
– RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN

2. Dikembalikan atau hilang
Boleh dituntut selepas semua bahan kempen dibersihkan oleh calon terbabit dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan

 

Info Tambahan

Bagi maksud Hari Penamaan Calon, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menjual
1. Kertas Penamaan Calon,
2. Borang 4 untuk Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan
3. Borang 4A untuk Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

Selepas pembubaran parlimen sehingga 18 April 2013

Bagi Parti Politik
– sebanyak 1466 borang yang telah dijual berdasarkan kepada Bahagian Parlimen
– sebanyak 2533 borang berdasarkan kepada Bahagian DUN bagi Parti Politik.

Bagi calon bebas
– sebanyak 301 borang yang telah dijual berdasarkan kepada Bahagian Parlimen
– sebanyak 696 borang berdasarkan kepada Bahagian DUN.

Penamaan Calon

 

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

SUMBER :
Jabatan Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN 2013/2014

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *