Pilihanraya Rektor Universiti Al-Azhar Yang Baru

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Majlis Tertinggi Al-Azhar baru selesai mengadakan mesyuarat tergempar hari ini 18 April 2013, Khamis bagi membincangkan teknikal pemilihan Rektor Universiti Al-Azhar (BUKAN SYEIKH AL-AZHAR) yang baru…

Al-Azhar'Abd

Badan tersebut telah membentuk tiga orang dari pengamal undang-undang sebagai jawatankuasa yang akan menyelia proses pemilihan termasuk menentukan tarikh dan tutup pencalonan, tempoh bantahan serta pengumuman rasmi keputusan.

Dalam undang-undang Al-Azhar (fasa 103) telah memperuntukkan kuasa kepada Syeikh Al-Azhar bagi mencalonkan mana-mana individu sebagai Rektor dan mempersembahkan calon pilihannya kepada Presiden Republik untuk mengesahkannya akan tetapi Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmed Toyyib telah memberikan kuasanya itu kepada Panel Pemilihan yang akan bertanggungjawab menyelia proses pilihanraya. Sebaik sahaja keputusan diumumkan, panel tersebut akan menyerahkan secara rasmi kepada Syeikh Al-Azhar sebelum diangkat kepada Presiden Mursi untuk pengesahan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Selepas pindaan perlembagaan baru akhir tahun lepas, Presiden Mesir tidak lagi mempunyai kuasa melantik Syeikh Al-Azhar atau Rektor universiti tetapi hanya berkuasa melulus serta mengesahkan sahaja, berbeza pada zaman Mubarak yang berkuasa melantik mana-mana individu pilihannya.

Antara syarat-syarat pencalonan Rektor Al-Azhar yang dibincangkan oleh hari ini ialah seseorang calon berhak mencalonkan dirinya serta mempunyai kelulusan dari Universiti Al-Azhar, mesti melebihi lima tahun dari tempoh dilantik sebagai pensyarah, mesti kalangan tenaga pengajar dari fakluti pengajian Islam serta tidak semestinya terlibat dengan mana-mana parti politik.

Jawatan Rektor Al-Azhar kini kosong ekoran pemecatan penyandangnya, Dr.Usamah El-‘Abd beberapa minggu lalu ekoran isu keracunan makanan yang berlaku kepada lebih 500 penuntut mahasiswa Al-Azhar selepas menikmati juadah makan tengah hari di kantin asrama pelajar tersebut.

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *